Sabtu, 15 Oktober 2016 | 8:28pm

Zulfahmi bermula di petak ke-11 WSBK Sepanyol

KUALA LUMPUR: Zulfahmi Khairuddin bakal memulakan perlumbaan kelas SuperSport Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) di Pusingan Gaerne Sepanyol esok, bermula dari petak ke-11.

Pelumba pasukan Orelac Racing VerdNatura itu mencatat masa 1 minit 45.896 saat pada sesi Superpole yang berlangsung di litar Jerez, hari ini.

Petak pertama untuk perlumbaan ini menjadi milik pelumba pasukan Kawasaki Puccetti Racing dari Turki, Kenan Sofuoglu yang mencatat masa sepusingan terpantas, 1'42.969s.

Sebagai rekod selepas 10 perlumbaan musim ini, bekas pelumba Moto3 negara itu sudah mengumpul 46 mata untuk berada di tangga ke-10 keseluruhan.

Musim 2016 perlumbaan hanya berbaki satu pusingan lagi selepas ini iaitu di Qatar, pada 28 hingga 30 Oktober ini.

Berita Harian X