Jumaat, 28 November 2014 | 11:22am
SEORANG lelaki cedera ditetak dalam kejadian samun di rumahnya di Taman Bukit Chedang, di sini, pagi tadi. - Foto NSTP

Lelaki cedera ditetak dalam kejadian samun di rumahnya

SEREMBAN: Seorang lelaki cedera ditetak dalam kejadian samun di rumahnya di Taman Bukit Chedang, di sini, pagi tadi.

Difahamkan, dalam kejadian jam 8 pagi itu, dua suspek yang menaiki sebuah motosikal berhenti di depan rumah mangsa sebelum menyerbunya.

Jurucakap polis berkata, mangsa yang terkejut cuba melawan, namun seorang suspek kemudian melibas parangnya yang terkena dada mangsa.

"Suspek kemudian mengambil barangan berharga milik mangsa sebelum melarikan diri," katanya di sini.

Katanya, mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk rawatan lanjut.

Berita Harian X