Khamis, 13 Oktober 2016 | 5:27pm
BARISAN Artis yang hadir telah terpilih Anuerah Industri Muzik 22 pada Majlis Pengumuman 5 Calon Akhir Anugerah Industri Muzik (AIM 22) di ParkRoyal Kuala Lumpur. - Foto Hasriyasyah Sabudin
BARISAN Artis yang hadir telah terpilih Anuerah Industri Muzik 22 pada Majlis Pengumuman 5 Calon Akhir Anugerah Industri Muzik (AIM 22) di ParkRoyal Kuala Lumpur. - Foto Hasriyasyah Sabudin

Siti dominasi pencalonan akhir AIM 22

DATUK Siti Nurhaliza menerima tujuh pencalonan untuk enam kategori Anuerah Industri Muzik 22 pada Majlis Pengumuman 5 Calon Akhir Anugerah Industri Muzik (AIM 22) di Park Royal Kuala Lumpur. - Foto Hasriyasyah Sabudin

KUALA LUMPUR: Album Datuk Siti Nurhaliza Unplugged mendominasi senarai akhir Anugerah Industri Muzik ke-22 (AIM 22) apabila menerima tujuh pencalonan menerusi enam daripada 17 kategori yang dipertandingkan.

Album terbitan penyanyi terkenal itu bersama Mujahid Abdul Wahab dicalonkan dalam kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita), Rakaman Album Terbaik, Lagu Nasyid Terbaik, Lagu Pop Terbaik dan Album Terbaik.

Dua lagu yang dipetik daripada album berkenaan iaitu Menatap Dalam Mimpi dan Jaga Dia Untukku turut dicalonkan dalam kategori Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu.

Mengekor rapat Siti ialah rakan duetnya menerusi lagu Dirgahayu, Faizal Tahir, yang dicalonkan dalam empat kategori iaitu Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki), Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu, Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu dan Lagu Pop Terbaik.

Bagi kategori Lagu Pop Terbaik, dua lagu nyanyiannya iaitu Assalamualaikum dan Sejati turut tersenarai sebagai calon Top 5.

Penyanyi yang terkenal dengan irama hip hop, SonaOne, turut cemerlang pada penganjuran kali ini apabila mendapat tiga pencalonan iaitu Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu, Lagu Inggeris Tempatan Terbaik dan Lagu Hip Hop Terbaik.

Bakat baharu yang semakin meningkat naik, Syamel, pula menunjukkan taring apabila disenaraikan ke peringkat akhir dalam dua kategori iaitu Artis Baharu Terbaik dan Lagu Pop Terbaik menerusi Hidup Dalam Mati, yang juga hasil ciptaannya sendiri.

AIM 22 bakal berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur (PWTC) pada 18 Disember 2016.

Berita Harian X