Isnin, 10 Oktober 2016 | 10:52pm

Pergolakan di Kashmir, India laksana tindakan keras terburuk


TENTERA India berdiri berhampiran tempat kejadian Gunfight antara tentera dan disyaki militan di Pampore, selatan Srinagar. - Foto AFP

SRINAGAR: Tentera India menggunakan kekerasan paling teruknya dalam tempoh lebih dua dekad ke atas penunjuk perasaan orang awam, menahan lebih 8,000 orang musim panas ini di seluruh wilayah bertelingkah Kashmir, kata polis hari ini.

Ia termasuk 450 orang awam kemungkinan ditahan sehingga enam bulan tanpa dibicara, mengikut undang-undang keselamatan keras dikritik sebagai melanggar hak asasi manusia.

India berkata, pemisah pemberontak dan orang awam yang membantu mereka, melemahkan integriti wilayah negara itu dan memaksa pihak berkuasa memastikan bahagian Kashmir dikawal India, di bawah kawalan ketat.

"Ini adalah, tindakan keras terbesar ke atas penderhaka," kata seorang pegawai polis kanan yang enggan dikenali.

Selama beberapa minggu, pihak berkuasa India menjalankan serbuan waktu malam, perintah berkurung dan pemeriksaan di sekatan jalan, namun gagal menghentikan serangan pemberontak dan perhimpunan berang orang awam.

Hari ini, tentera kerajaan menentang sekumpulan pemberontak disyaki berhampiran sebatang lebuh raya dikendalikan bandar tanaman safron di Pampore, di pinggir bandar utara rantau itu di sini.

Bunyi tembakan dan letupan bom tangan kedengaran daripada tapak itu di mana unit pasukan khas tentera, tentera separa dan polis anti-pengganas mengepung sebuah bangunan, menurut seorang pegawai. -AP

Berita Harian X