Sabtu, 8 Oktober 2016 | 10:34pm

Raja Mukhriz mahu beli kabinet baharu isi trofi

 RAJA Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin.
RAJA Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin.

KUALA LUMPUR: Pengarah Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin berhasrat membeli kabinet baharu bagi mengisi trofi selepas menerima pengiktirafan Anugerah Khas Juri menerusi filem pendek, Pagari Bulan pada Asian Youth International Film Festival (AYIFF'16), malam tadi.

Kemenangan pada acara di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah, itu adalah trofi ke-12 yang diterima Raja Mukhriz menerusi

pelbagai festival sepanjang pembabitannya dalam dunia perfileman, merangkumi bidang sinematografi dan pengarahan.

"Alhamdulillah, saya bersyukur dengan kemenangan pertama Pagari Bulan, apatah lagi AYIFF'16 turut membabitkan penyertaan produksi antarabangsa. Insya-Allah, saya berharap akan ada lagi berita gembira untuk filem ini pada festival akan datang.

"Nampaknya saya perlu membeli kabinet baharu untuk mengisi trofi yang dimenangi. Sebelum ini, saya pernah menerima 11 trofi lain dalam bidang pengarahan dan sinematografi di pelbagai festival filem," katanya.

Pagari Bulan yang diterbitkan Centro Pictures milik pelakon Pekin Ibrahim itu memaparkan mengenai budaya kaum Bajau Laut yang kurang diketahui umum

Kehidupan kaum Bajau Laut atau Sea Gypsie itu dirakamkan di kawasan kediaman mereka di Pulau Semporna, Sabah ketika menghasilkan dokumentari Madness Of Borneo.

Terdahulu, Pagari Bulan menerima penghormatan apabila terpilih untuk tayangan tayangan perdana sempena Eurasia International Film Festival Edisi Ke-12 (EURASIAIFF) di Almaty, Kazakhstan September lalu.

Berita Harian X