Sabtu, 8 Oktober 2016 | 12:01am

Ayam goreng kunyit

MASAKAN Ayam Goreng Kunyit. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman
MASAKAN Ayam Goreng Kunyit. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

BOSAN asyik beli makanan bungkus di kedai rasanya, sekali sekala masak hidangan ringkas di rumah juga satu cadangan menarik untuk dicuba.

Rasanya, hari ini terdapat pelbagai resipi masakan ringkas, tanpa perlu membeli keperluan bahan masakan yang banyak.

Ayam goreng kunyit, antara resipi mudah yang boleh anda cuba kerana penyediaannya ringkas dan cepat, iaitu kira-kira 15 minit untuk dihidangkan.

Minggu ini, Aroma Kulinari menampilkan resipi mudah itu dari pengusaha trak makanan, Hasnah Nasi Ayam Goreng Kunyit.

ANTARA bahan bahan untuk membuat laksam di TOKB Cafe, Avenue D Vogue. - Foto Mahzir Mat Isa
ANTARA bahan bahan untuk membuat laksam di TOKB Cafe, Avenue D Vogue. - Foto Mahzir Mat Isa

Bahan-bahan

* Daging ayam - 500 gram (g)

* Bawang putih - enam ulas

* Halia - setengah inci

* Stok ayam - satu sudu teh

* Serbuk perasa - secubit

* Garam - secubit

* Serbuk Cili - secubit

* Kunyit serbuk - satu sudu teh

* Tepung jagung - satu sudu teh

* Gula - secubit

* Bawang besar (potong bulat)

* Kacang panjang (potong memanjang)

* Lobak (potong memanjang)

(hidangan untuk empat hidangan)

Langkah demi langkah

1) Gaulkan isi ayam dengan semua bahan itu dan goreng dengan api sederhana.

2) Masukkan bawang dan masak bersama ayam.

3) Kemudian campurkan lobak dan masak lebih kurang dua hingga tiga saat.

4) Selepas itu, masukkan pula kacang panjang dan terus goreng menggunakan api kecil.

5) Angkat bahan digoreng itu dan tos minyak.

CHEF Zulkifli Omar menunjukan laksam yang siap disediakan di TOKB Cafe, Avenue - Foto Mahzir Mat Isa
CHEF Zulkifli Omar menunjukan laksam yang siap disediakan di TOKB Cafe, Avenue - Foto Mahzir Mat Isa

6) Siap untuk dihidangkan bersama nasi putih panas.

INFO:

  • Penggunaan tepung jagung menjadikan ayam rangup
  • Kawal api untuk dapatkan tekstur ayam kekuningan dan rangup.
  • Boleh juga ditukarkan ayam dengan daging lembu.

Berita Harian X