Jumaat, 7 Oktober 2016 | 8:44pm

Taufan Matthew: Angka korban di Haiti cecah 478 orang


ANGKA korban akibat Taufan Matthew di Haiti meningkat kepada 478 orang hari ini . - Foto AFP

PORT-AU-PRINCE: Angka korban akibat Taufan Matthew di Haiti meningkat kepada 478 orang hari ini selepas maklumat mula diperoleh dari kawasan pedalaman yang terputus hubungan akibat ribut itu.

Berikutan angka korban yang naik mendadak, pelbagai agensi kerajaan dan jawatankuasa memberikan bilangan kematian berbeza.

Bagaimanapun, angka korban yang dikumpul Reuters berdasarkan laporan pegawai perlindungan awam mengesahkan jumlah kematian adalah 478 orang.

Agensi perlindungan awam pusat Haiti yang mengambil masa lebih lama untuk mengumpul jumlah korban, menyatakan 271 orang mati akibat ribut itu.

Sementara itu, sejumlah 61,500 lagi masih berada di pusat perlindungan. - Reuters

Berita Harian X