Selasa, 4 Oktober 2016 | 6:33pm

Awie bakal nikah gadis pilihan hujung minggu ini

AWIE. - Foto Shiraz Ali
AWIE. - Foto Shiraz Ali

KUALA LUMPUR : Vokalis Wings, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman mengumumkan bakal menikahi gadis pilihan, Syarifah Ladyana pada hujung minggu ini.

Katanya, tarikh sebenar tidak dapat dikongsikan diatas faktor keselamatan sekali gus mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Awie, 48, berkata, tarikh serta pemilihan lokasi sudah dipersetujui oleh keluarga kedua-dua belah pihak menerusi perbincangan bersama sejak mereka bertunang pada 3 Jun lalu.

"Saya harap penjelasan ringkas ini tidak menimbulkan spekulasi. Bersama persetujuan keluarga, saya dan tunang akan bernikah pada hujung minggu ini.

"Doakan urusan kami dipermudahkanNya. Bukan kami mudah percaya pada benda misteri tetapi bagi mengelakkan perkara tidak elok berlaku, biarlah kita tidak menwar-warkan tarikhnya.

"Paling penting keluarganya juga memberi restu," katanya ketika ditemui pada sidang media Konsert Wings ke-30 tahun di sini, petang tadi.

Terdahulu, Awie melangsungkan pertunangan secara rahsia dengan Syarifah Ladyana di Pulau Pinang dengan dihadiri keluarga terdekat.

Sebelum itu, Awie pernah mendirikan rumahtangga dengan Arni Nazira Anuar pada 1998 namun bertahan lapan tahun sebelum menikahi Rozana Misbun pada 2006 tetapi bercerai 2014.

Berita Harian X