Sabtu, 1 Oktober 2016 | 4:07pm

Hamilton kuasai sesi latihan bebas terakhir

gn4id:16466162

SEPANG: Lewis Hamilton menguasai sesi latihan bebas terakhir Grand Prix (GP) Malaysia, sebentar tadi selepas melakukan catatan terpantas 1 minit 34.434 saat (s) menjelang sesi kelayakan, jam 5 petang ini.

Catatan yang dilakukan pelumba Mercedes AMG PETRONAS itu mengatasi masa terpantas yang dilakukannya semalam, sekali lagi menggunakan tayar kompaun lembut dengan rakan sepasukannya, Nico Rosberg sekadar ketiga paling pantas.

Pelumba muda Red Bull, Max Verstappen yang menyambut hari lahirnya semalam, mencatat masa kedua terpantas, 1:34.879s yang memberi amaran betapa dia mampu melakukan sesuatu di Sepang.

Rosberg dalam pada itu mencatat masa 1:35.053s yang turut memperbaiki catatan yang dilakukannya semalam namun pendahulu kejuaraan dunia itu masih gagal untuk mencatat masa bawah 1 minit 35 saat.

Dua pelumba Ferrari, Kimi Raikkonen dan Sebastian Vettel terus memberi cabaran dengan melakukan masa keempat dan kelima terpantas.

Raikkonen yang juga juara dunia 2007 melakukan masa 1:35.150s manakala juara dunia empat kali, Vettel melakukan 1:35.170s.

Sesi kelayakan F1 yang dijadualkan bermula 5 petang ini akan berlangsung selama sejam.

Keputusan sesi latihan bebas ketiga GP Malaysia

1. Lewis Hamilton (GBR) Mercedes AMG PETRONAS, 1 minit 34.434 saat (s)

2. Max Verstappen (NED) Red Bull-TAG, 1:34.879s

3. Nico Rosberg (GER) Mercedes AMG PETRONAS, 1:35.053s

4. Kimi Raikkonen (FIN) Ferrari, 1:35.150s

5. Sebastian Vettel (GER) Ferrari, 1:35.170s

6. Daniel Ricciardo (AUS) Red Bull-TAG, 1:35.461s

7. Nico Hulkenberg (GER) Force India-Mercedes, 1:35.776s

8. Valtteri Bottas (FIN) Williams-Mercedes, 1:35.902s

9. Carlos Sainz (ESP) Toro Rosso-Ferrari, 1:36.222s

10. Felipe Massa (BRA) Williams-Mercedes, 1:36.227s

11. Sergio Perez (MEX) Force India-Mercedes, 1:36.259s

12. Jenson Button (GBR) McLaren-Honda, 1:36.363s

13. Esteban Gutierrez (MEX) Haas-Ferrari, 1:36.553s

14. Jolyon Palmer (GBR) Renault-Renault, 1:36.604s

15. Romain Grosjean (FRA) Haas-Ferrari, 1:36.687s

16. Kevin Magnussen (DEN) Renault-Renault, 1:36.741s

17. Daniil Kvyat (RUS) Toro Rosso-Ferrari, 1:36.752s

18. Marcus Ericsson (SWE) Sauber-Ferrari, 1:36.765s

19. Felipe Nasr (BRA) Sauber-Ferrari, 1:37.106s

20. Esteban Ocon (FRA) Manor-Mercedes, 1:37.961s

21. Pascal Wehrlein (GER) Manor-Mercedes, 1:38.089s

22. Fernando Alonso (ESP) McLaren-Honda, 1:41.199s

Berita Harian X