Jumaat, 30 September 2016 | 7:42pm

India pindahkan penduduknya dari sempadan Pakistan

SRINAGAR: India memindahkan lebih daripada 10,000 penduduknya yang tinggal berhampiran sempadan Pakistan selepas pasukan khas melancarkan operasi rentas sempadan terhadap suspek militan.

Kerajaan Perdana Menteri Narendra Modi mengarahkan pasukan keselamatan persekutuan dan negeri untuk menaik taraf pengawasan di sepanjang sempadan di Jammu dan Kashmir.

Ia adalah sebahagian daripada sempadan yang mempunyai jarak 3,300 kilometer dengan jiran negara itu, yang memiliki senjata nuklear.

Pemindahan itu dilakukan selepas India melancarkan serangan di seluruh garisan kawalan atau sempadan dekat Pakistan yang di bawah pentadbiran Kashmir.

Ia adalah sebagai sebahagian daripada langkah berjaga-jaga terhadap kumpulan militan yang dikatakan bersiap sedia untuk menyerang India.

India dan Pakistan berjuang sekian lama untuk menuntut Kashmir. - REUTERS

Berita Harian X