Jumaat, 30 September 2016 | 5:01pm
SEORANG pekerja ladang menunjukkan lokasi mangsa terjatuh dan dibaham buaya ketika memukat ikan di Ladang Genting Bahagia, dekat Kinabatangan. Foto ihsan IPD Kinabatangan.
SEORANG pekerja ladang menunjukkan lokasi mangsa terjatuh dan dibaham buaya ketika memukat ikan di Ladang Genting Bahagia, dekat Kinabatangan. Foto ihsan IPD Kinabatangan.

Mayat lelaki dibaham buaya ditemui

KINABATANGAN: Pekerja ladang yang hilang sejak petang semalam dipercayai dibaham buaya ketika memukat ikan di sungai berhampiran kawasan Ladang Genting Bahagia, Jalan Jeroco, dekat sini, petang kelmarin, ditemui mati pagi tadi.

Mayat Jusri Munawir, 28, ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat berhampiran lokasi mangsa dipercayai dibaham buaya kira-kira jam 9.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan A Sahak Rahmat, berkata mayat ditemui dengan kesan gigitan pada dada, siku, belakang badan dan kaki.

"Mayat dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarganya," katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.

Dalam kejadian jam 5.20 petang semalam, mangsa dikatakan pergi ke sungai untuk memukat ikan sebelum terjatuh lalu dibaham buaya.

Ia kejadian kedua dalam tempoh seminggu dengan kes pertama membabitkan seorang wanita dibaham buaya ketika mengutip biji sawit di Ladang Genting Mewah, 24 September lalu.

Sekurang-kurangnya empat kes serangan buaya dilaporkan di daerah ini sejak awal tahun.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X