Jumaat, 30 September 2016 | 8:49am
GAMBAR fail, pasukan operasi berada di lokasi kejadian mencari dan menyelamat (SAR) seorang wanita warga Filipina yang dilaporkan hilang di Ladang Genting Mewah apabila seekor buaya sepanjang 6 meter kelihatan timbul pada 25 September lalu. - Foto Hazsyah Abdul Rahman

Lelaki dipercayai dibaham buaya

KINABATANGAN: Seorang lelaki hilang dikhuatiri terjatuh ke dalam sungai dan dibaham buaya di Ladang Genting Bahagia, Jalan Jeroco dekat sini, petang semalam.

Lelaki berusia 28 tahun yang juga pekerja ladang itu, dipercayai pergi memukat sebelum terjatuh ke sungai kira-kira jam 5.20 petang.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan A Sahak Rahmat, berkata pasukan mencari dan menyelamat digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan daripada polis bantuan pada jam 5.55 petang.

"Operasi diteruskan pagi ini dan setakat ini, mangsa belum ditemui," katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.

Ia adalah kejadian kedua dibaham buaya dalam tempoh seminggu dengan kes pertama membabitkan seorang wanita ketika mengutip biji sawit di Ladang Genting Mewah, Sabtu lalu.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X