Selasa, 20 September 2016 | 12:22am

Rangers gantung Joey Barton tiga minggu

JOEY Barton. - Foto AFP
JOEY Barton. - Foto AFP

GLAGSOW, Scotland: Rangers menggantung pemainnya, Joey Barton selama tiga minggu selepas terbabit pertelingkahan di pusat latihan kelab susulan kekalahan kepada Celtic pada aksi tetangga Old Firm di Liga Scotland.

Barton, 34 terbabit dalam perbalahan mulut membabitkan rakan sepasukannya, Andy Halliday sehari selepas kekalahan 5-1 kepada Celtic.

Rangers berkata "masa dan ruang diperlukan bagi kedua-dua kelab dan pemain untuk menilai segala yang sudah berlaku."

Barton sememangnya mempunyai reputasi sebagai pemain yang panas baran.

Bekas pemain Manchester City itu pernah menghabiskan tempoh selama 77 hari di dalam penjara pada 2008 selepas terbabit dengan pergaduhan jalanan di Liverpool.

Pada 2012, ketika beraksi bersama kelab Queens Park Rangers, Barton digantung 12 perlawanan atas kelakuan ganas ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Tindakan itu menyaksikan dia kemudian dipinjamkan ke kelab Perancis, Marseille. - AFP

Berita Harian X