Ahad, 18 September 2016 | 6:56pm

Superbike Dunia Jerman: Zulfahmi di tempat ke-12

KUALA LUMPUR: Zulfahmi Khairuddin menamatkan saingan Pusingan 10 Kejohanan Superbike Dunia (WSBK) di Jerman sebentar tadi dengan berada di kedudukan ke-22, sekali gus gagal menambah kutipan mata keseluruhannya musim ini.

Pelumba pasukan Orelac Racing VerdNatura itu ketinggalan 45.407 saat daripada pemenang dari Turki, Kenan Sofuoglu yang mewakili Kawasaki Puccetti Racing dengan mencatat 32 minit 18.677s.

Bekas pelumba Moto3 Kejuaraan Motosikal Dunia itu kini kekal berada di tangga ke-10 keseluruhan dengan 40 mata tatkala musim 2016 berbaki tiga perlumbaan saja lagi.

WSBK selepas ini dijadual berlangsung di Perancis pada 2 Oktober ini sebelum Pusingan 12 mengambil tempat di Litar Jerez pada 16 Oktober.

Musim 2016 WSBK dijadual menutup tirainya di Litar Losail, Qatar pada 30 Oktober ini.

KEPUTUSAN:

Kelas SuperSport

1. Kenan Sofuoglu (Kawasaki Puccetti Racing), 32'18.677s

2. Niki Tuuli (Kallio Racing), +1.757s

3. Jules Cluzel (MV Agusta Reparto Corse), +4.712s

4. Patrick Jacobsen (Honda World Supersport Team), +12.174s

5. Federico Caricasulo (Bardahl Evan Bros. Honda Racing), +13.195s

...22. Zulfahmi Khairuddin (Orelac Racing VerdNatura), +45.407s

Berita Harian X