Ahad, 18 September 2016 | 12:29pm
AIR dilaporkan mula naik sekitar Bayan Lepas dan Bayan Baru serta Jalan P Ramlee dan Jalan Rawang sejak jam 8 pagi. - Foto Shahnaz Fazlie Shahrizal
AIR dilaporkan mula naik sekitar Bayan Lepas dan Bayan Baru serta Jalan P Ramlee dan Jalan Rawang sejak jam 8 pagi. - Foto Shahnaz Fazlie Shahrizal
- Foto Shahnaz Fazlie Shahrizal

Pulau Pinang dilanda banjir kilat


BEBERAPA kawasan di bandar raya ini dilanda banjir kilat. - Foto Shahnaz Fazlie Shahrizal

POKOK tumbang menghempap sebuah rumah akibat hujan lebat dan angin kencang awal pagi tadi di Jalan Perak, Georgetown. - Foto Shahnaz Fazlie Shahrizal

GEORGETOWN: Hujan lebat dan angin kencang sejak pagi tadi, menyebabkan beberapa kawasan di bandar raya ini dilanda banjir kilat.

Air dilaporkan mula naik sekitar Bayan Lepas dan Bayan Baru serta Jalan P Ramlee dan Jalan Rawang sejak jam 8 pagi, namun dilaporkan sudah surut ketika ini.

Angin kencang turut menyebabkan tiga pokok tumbang di Jalan Perak, Sungai Pinang dan Taman Lip Sin menyebabkan kesesakan teruk kepada pengguna jalan raya.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya berusaha mengalihkan batang pokok dan membersihkan jalan bagi membolehkan laluan dibuka segera.

Berita Harian X