Ahad, 18 September 2016 | 9:16am

2 anggota polis Arab Saudi maut ditembak

ANGGOTA polis Arab Saudi. - Foto fail AFP

DUBAI: Dua anggota polis ditembak mati di Wilayah Timur, kawasan pengeluar minyak Arab Saudi, oleh penyerang tidak dikenali, lapor televisyen Al Arabiya.

Mereka ditembak di Dammam ketika sedang meronda.

Wilayah Timur dihuni ramai penganut fahaman Syiah iaitu penduduk minoriti negara itu.

Sebelum ini berlaku beberapa kes tembakan terhadap pasukan keselamatan di wilayah itu oleh militan Syiah yang marah terhadap apa yang disifatkan penindasan terhadap komuniti mereka. - Reuters

Berita Harian X