Sabtu, 10 September 2016 | 5:39pm
- Foto ihsan instragram Neelofa
- Foto ihsan instragram Neelofa
- Foto ihsan instragram Neelofa
- Foto ihsan instragram Neelofa
- Foto ihsan instragram Neelofa
- Foto ihsan instragram Neelofa

Neelofa terima 20,000 kiriman doa peminat

- Foto ihsan instragram Neelofa
- Foto ihsan instragram Neelofa

KUALA LUMPUR : Pelakon dan pengacara, Neelofa, yang sedang menunaikan ibadah haji menerima hampir 20,000 kiriman doa daripada peminat untuk dibaca sepanjang di Tanah Suci dan berharap niat murninya akan mendapat ganjaran daripada Allah SWT.

Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 27, menerusi video yang dimuat naik sejam lalu, turut memaklumkan, bakal berangkat ke Arafah, esok dan meminta semua mendoakan supaya beliau serta keluarganya dikurniakan Allah haji mabrur.

"Kami akan berangkat ke Arafah, esok dan doakan kami semoga dipermudahkan segala urusan serta tiada halangan. Semoga doa kami dimakbulkan Allah.


"Kepada semua yang mengirimkan doa dari Malaysia, terima kasih banyak atas kiriman itu. Insya-Allah, kami akan memanjangkan doa itu dan membacanya satu persatu," katanya menerusi rakaman video yang dimuat naik ke akaun Instagram peribadinya.

Bintang Pilot Cafe itu yang kini berada di Masjidil Haram, Makkah turut berkongsi pengalaman indah dan rutin harian aktivitinya di Tanah Suci menerusi gambar serta rakaman video, di laman sosial itu sejak tiba pada 5 September lalu.

Sepanjang dua minggu di Makkah, Neelofa turut ditemani bekas isteri Datuk Eizlan Yusof iaitu Vie Shantie Khan, yang menjadi teman sebiliknya.

Neelofa berangkat ke Tanah Suci bersama ibu dan bapanya pada 5 September lalu serta dijangka kembali ke tanah air pada 20 September ini.


video ihsan instragram Neelofa
Berita Harian X