Rabu, 31 Ogos 2016 | 4:10pm

34 bayi merdeka di Terengganu

Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman (tengah) bersama kakitangan Hospital memotong kek sempena Sambutan Bayi Merdeka 2016 di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). - Foto Shafiq Ridzuan Ambak
Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman (tengah) bersama kakitangan Hospital memotong kek sempena Sambutan Bayi Merdeka 2016 di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). - Foto Shafiq Ridzuan Ambak

KUALA TERENGGANU: Seramai 34 kelahiran bayi merdeka dicatatkan di Terengganu membabitkan 20 lelaki dan 14 perempuan.

Bayi Merdeka pertama dilahirkan kira-kira jam 12.26 tengah malam tadi seberat 2.6 kilogram oleh Ummi Atikah Mahari, 23, hasil perkongsian hidup dengan suaminya, Abdul Hafiz Muhammad, 31.

Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman, berkata Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) mencatatkan kelahiran tertinggi iaitu seramai 21 bayi.

"Sehingga jam 1 tengah hari tadi, seramai 11 bayi lelaki dan 10 perempuan dilahirkan di HSNZ," katanya ketika ditemui selepas melawat kelahiran Bayi Merdeka di HSNZ, di sini, hari ini.

Sementara itu, seramai 19 bayi dilahirkan di hospital kerajaan di seluruh Pahang sehingga 10 pagi tadi.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar, berkata mereka adalah 10 bayi lelaki dan sembilan bayi perempuan.  

"Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan mencatatkan kelahiran tertinggi iaitu sebanyak lapan kelahiran diikuti Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh (7), Hospital Kuala Lipis (2), dan masing-masing satu (1) kelahiran di Hospital Pekan dan Hospital Rompin.  

"Bayi merdeka pertama dilahirkan di HTAA seberat 3.2 kilogram dan dilahirkan tepat pada jam 12.00 tengah malam," katanya

.

Beliau berkata, sepasang bayi kembar lelaki dan perempuan turut dilahirkan di HTAA dengan masing-masing seberat 2.175 kilogram. 

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X