Selasa, 30 Ogos 2016 | 3:56pm

Kehidupan berkomuniti moden di Emerald Residence

SOOSAY (dua dari kiri) pada pelancaran unit contoh Emerald Residence.

RUMAH teres berkembar dua tingkat dengan binaan seluas 2,681 kaki persegi dan teres berkembar tiga tingkat berkeluasan binaan 3,927 kaki persegi adalah antara tarikan yang ditawarkan di perbandaran bersepadu Sunway Iskandar, Johor.

Terletak di Presint Lakeview di bawah Koleksi Emerald, Emerald Residence adalah bertanah pertama dalam pembangunan Sunway Iskandar seluas 720 hektar di Johor.

Projek hartanah itu dilancarkan baru-baru ini adalah juga pembangunan hartanah bertanah pertama Sunway Property, cabang hartanah Sunway Bhd di perbandaran bersepadu terbabit.

Pembangunan kediaman itu akan menawarkan tasik dan alam semula jadi yang bersebelahan dengan Emerald Lake Garden dengan pemandangan menarik serta sangat hampir dengan kemudahan runcit moden.

Kemudahan asas

Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Iskandar, Gerard Soosay, berkata suasana persekitaran Sunway Iskandar pesat berubah apabila pembangunan bercampur dan Sekolah Antarabangsa Sunway sedang giat dilaksanakan.

Katanya, pembangunan yang dilaksanakan itu bukan sahaja menawarkan hartanah berketumpatan rendah serta, malah ia terletak berdekatan pelbagai kemudahan asas seperti sekolah, kemudahan runcit dan kemudahan pendidikan berkualiti.

"Sejurus bakal penduduk berpindah ke rumah mereka, mereka akan dapat menikmati kemudahan sedia ada untuk mereka tinggal, belajar, bekerja dan bermain dengan keluarga," katanya.

Selain menyiapkan Lebuhraya Pesisir Pantai Linkedua (CHSL) pada 2017, Soosay berkata, lebih banyak perancangan untuk perjalanan ulang-alik sedang dalam perancangan pihaknya untuk menyediakan kemudahan lebih meluas untuk masyarakat sekitar.

Pengangkutan awam

Katanya, syarikat juga sedang bekerjasama rapat dengan Tambak Johor Causeway Link bagi memastikan perkhidmatan bas disediakan untuk penduduk bekerja dan perjalanan ke Singapura pada tahun depan bagi kemudahan masyarakat setempat.

Sempena pelancaran unit rumah contoh Emerald Residence itu, Sunway Property menganjurkan beberapa acara termasuk

Info

Emerald Residence

  • Terletak di kawasan seluas lapan hektar dengan landskap yang subur di atas bukit
  • Menempatkan siri kediaman teres, rumah teres berkembar, garden villa dan rumah berkembar
  • Dilengkapi pengalaman hidup berkomuniti moden yang terletak berhampiran alam semula jadi
  • Kediaman berpagar dan berpengawal
  • Terletak berhampiran kemudahan runcit, pendidikan berkualiti dan sebuah taman tema
  • Menawarkan rumah teres berkembar dua tingkat 31' X 80' dengan binaan seluas 2,681 kaki persegi
  • Unit berkembar tiga tingkat bersaiz 42' X 95' dengan binaan seluas 3,927 kaki persegi
  • Muncul kediaman pertama di Sunway Iskandar dilengkapi sambungan Astro siap bina

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X