Sabtu, 27 Ogos 2016 | 9:12am
DIFTERIA yang disebabkan jangkitan bakteria.
DIFTERIA yang disebabkan jangkitan bakteria.

Perak catat kes difteria pertama

IPOH: Perak mencatatkan kes difteria pertama membabitkan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang mula dikesan mengalami gejala demam, batuk dan sakit tekak sejak 12 Ogos lalu.

Pesakit berkenaan dibawa mendapatkan rawatan pada 17 Ogos dan dimasukkan ke wad Hospital Taiping.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pesakit berkenaan dirawat sebagai kes exudative tonsillitis.

Katanya, ujian kultur kapas kesat tekak terhadap kes ini didapati positif bakteria Corynebacterium diphtheria.

"Kanak-kanak ini hanya mengalami gejala ringan tanpa komplikasi kerana sudah mendapat imunisasi difteria yang lengkap.

"Dia hanya diberi antibiotik tanpa rawatan antitoksin dan kini beransur sembuh," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Dr Noor Hisham berkata, tujuh anggota keluarga yang tinggal serumah dengan mangsa berada dalam keadaan sihat dan diberi rawatan profilaksis.

Katanya, tiga adik-beradik mangsa yang tinggal serumah menerima imunisasi difteria lengkap, manakala status imunisasi empat yang lain termasuk ibu bapa masih dalam siasatan.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X