Khamis, 25 Ogos 2016 | 12:45pm

Gempa Itali - Angka korban melonjak 247

ANGGOTA penyelamat ketika operasi mencari dan menyelamat di bawah runtuhan selepas gempa bumi kuat melanda bahagian tengah Itali semalam. - Foto AP
ANGGOTA penyelamat ketika operasi mencari dan menyelamat di bawah runtuhan selepas gempa bumi kuat melanda bahagian tengah Itali semalam. - Foto AP

ROM: Angka kematian akibat gempa bumi kuat di bahagian tengah Itali semalam kini meningkat kepada 247 orang, lapor Agensi Pertahanan Awam hari ini.

Angka korban kekal 159 sepanjang malam tadi susulan gempa 6 magnitud yang menggegarkan Itali menjelang waktu subuh itu dengan merosakkan banyak perkampungan di kawasan pergunungan.

Ratusan lagi mangsa dilaporkan cedera dengan kebanyakannya parah manakala tiada angka rasmi diperoleh terhadap jumlah mereka yang masih terperangkap di celah bangunan runtuh.

Perdana Menteri Itali, Matteo Renzi sebelum ini memberi amaran angka korban mungkin meningkat lagi selepas melakukan lawatan ke Amatrice, kawasan yang paling teruk dilanda bencana itu. - AFP.

Berita Harian X