Rabu, 24 Ogos 2016 | 10:22am
GEMPA bumi kuat 6.4 magnitud menggegarkan tengah Itali awal pagi ini berhampiran bandar raya Perugia. - Foto hiasan
GEMPA bumi kuat 6.4 magnitud menggegarkan tengah Itali awal pagi ini berhampiran bandar raya Perugia. - Foto hiasan

Gempa bumi 6.4 magnitud gegar Itali

ROME: Gempa bumi kuat 6.4 magnitud menggegarkan tengah Itali awal pagi ini berhampiran bandar raya Perugia, menurut Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS).

Gempa bumi di lokasi 76 kilometer ke tenggara Perugia, berlaku jam 3.36 pagi waktu tempatan (0136 GMT) dan dirasakan sehingga Rome.

Ia juga amat cetek, iaitu pada kedalaman 10 kilometer sahaja. - Reuters

Berita Harian X