Isnin, 22 Ogos 2016 | 1:10pm
Pengarah Filem KL Wangan, Pekin Ibrahim (tengah) dan barisan pelakon utama Kazuto Soon (kiri), Faizal Hussein (dua dari kiri) Emily Lim (dua dari kanan) dan Jasmine Suraya. - Foto NSTP/Saifullizan Tamadi
Pengarah Filem KL Wangan, Pekin Ibrahim (tengah) dan barisan pelakon utama Kazuto Soon (kiri), Faizal Hussein (dua dari kiri) Emily Lim (dua dari kanan) dan Jasmine Suraya. - Foto NSTP/Saifullizan Tamadi

Faizal Hussein tiada masalah bekerja dengan pengarah muda

Pelakon filem KL Wangan, Faizal Hussein. - Foto NSTP/Saifullizan Tamadi
Pelakon filem KL Wangan, Faizal Hussein. - Foto NSTP/Saifullizan Tamadi

KUALA LUMPUR: Pelakon Faizal Hussein tidak kisah menerima tawaran daripada pengarah muda malah enggan mendabik dada dengan pengalaman diraih sepanjang bergelumang dengan dunia seni.

Faizal, 48, memberitahu BH Online, dia menerima tawaran filem KL Wangan arahan pengarah muda, Pekin Ibrahim yang dilihat berpotensi pergi jauh dalam bidang perfileman.

"Tidak timbul istilah membeza-bezakan kedudukan pelakon berpengalaman atau baharu. Saya berpendapat kerja perlu profesional. Saya tidak ralat menerima arahan sutradara yang jauh lebih muda. Apa yang penting, mereka tahu apa yang dimahukan.

"Saya menerima tawaran Pekin kerana dapat melihat kredibilitinya sebagai pengarah. Saya melihat Pekin seperti Datuk Rosyam Nor versi muda melalui perjuangannya sebagai anak seni," katanya.

Faizal berkata, KL Wangan adalah filem kedua arahan Pekin yang dilakonkannya.

"Kami mula rapat ketika membintangi filem Bunohan. Ikatan adik-beradik yang terjalin dalam filem itu menjadikan kami rapat," katanya.

Dalam perkembangan lain, Faizal turut membintangi filem Tombirou yang diadaptasikan daripada karya novelis terkenal, Ramlee Awang Murshid.

Biarpun tidak memegang watak utama, Faizal berbangga menjadi sebahagian pelakon dan kru filem terbabit.

Selain Faizal, filem yang Tombirou baru memulakan penggambaran, menampilkan nama besar seperti Nabila Huda, Farid Kamil dan Zul Ariffin sebagai teraju utama.

Berita Harian X