Khamis, 18 Ogos 2016 | 12:41am

Kumpulan Patrol Denggi SKBJ lawat BBSA


KUMPULAN Patrol Denggi Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong (SKBJ) bergambar bersama ketika mengadakan lawatan ke Loji Pencetakan Balai Berita Shah Alam (BBSA), Shah Alam, pada Rabu. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat

SHAH ALAM: Seramai 15 murid daripada kumpulan Patrol Denggi Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong (SKBJ) mengadakan lawatan ke Loji Pencetakan Balai Berita Shah Alam (BBSA), di sini, pada Rabu.

Kumpulan berkenaan, bersama lapan guru pengiring, turut menyertai gotong royong mini bersama kakitangan loji pencetakan itu.

Guru merangkap Ketua Khidmat Komuniti Patrol Denggi sekolah berkenaan, Mohamad Zaidin Senik, berkata BBSA adalah lokasi ketujuh yang dilawati Patrol Denggi sekolahnya sempena program Misi Gempur Denggi anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Sanofi Pasteur.

"Kami memulakan misi melawat dan mengadakan gotong royong mini di kilang-kilang, pejabat serta sekolah tadika berdekatan sejak awal Jun lalu.

"Program ini akan berakhir pada 2 September ini dan kami menjangkakan sebanyak lima lagi lokasi bakal kami terjah untuk melengkapkan misi ini," katanya selepas mengadakan lawatan serta gotong royong bersama kakitangan BBSA di sini, hari ini.

Mohamad Zaidin berkata, SKBJ adalah antara lapan sekolah di Selangor yang terpilih untuk menyertai program berkenaan dan hanya sekolah itu serta SK Sekyen 7 yang dipilih di Daerah Petaling Perdana.

Berita Harian X