Rabu, 17 Ogos 2016 | 6:22pm

Saham Asia susut pada penutup dagangan

SINGAPURA: Saham Asia susut daripada paras tertinggi dalam tempoh setahun dan dolar mengukuh hari ini selepas pegawai rasmi Rizab Persekutuan (Fed) berkata kadar faedah mungkin dinaikkan paling cepat pada September.

Pasaran Eropah bersedia untuk mencatat sedikit keuntungan dengan CMC Markets meramalkan FTSE 100 Britain dan CAC 40 Perancis akan dibuka kira-kira 0.1 peratus lebih tinggi dan DAX Jerman akan memulakan dagangan dengan sedikit perubahan.

Indeks meluas MSCI saham Asia Pasifik di luar Jepun susut 0.3 peratus manakala Nikkei jepun ditutup 0.9 peratus lebih tinggi.

Indeks China dan komposit Shanghai kedua-dua terkeluar daripada kerugian awal untuk didagangkan sama rata selepas pihak berkuasa meluluskan skim untuk membenarkan saham didagangkan antara Shenzhen dan Hong Kong.

Saham Wall Street susut daripada rekod tertinggi dengan S&P 500 turun 0.55 peratus. - Reuters

Berita Harian X