Sabtu, 13 Ogos 2016 | 7:36am

Dua ditahan memiliki syabu

KINABATANGAN: Polis menahan dua lelaki dan merampas 5.65 gram dadah jenis syabu dalam serbuan ke atas sebuah pondok di Ladang Jeroco, dekat sini, petang semalam.

Lelaki berusia 26 dan 34 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik kira-kira jam 4.30 petang.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan A Sahak Rahmat, berkata ketika pemeriksaan ke atas pondok itu yang disyaki digunakan untuk kegiatan penagihan dadah, pasukan berkenaan berjaya menahan kedua-dua suspek yang cuba melarikan diri.

"Pemeriksaan lanjut ke atas pondok itu menemui dua peket plastik berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu. Kedua-dua suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut," katanya di sini, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X