Jumaat, 12 Ogos 2016 | 5:09pm

Saham Asia naik susulan Wall Street melonjak

SINGAPURA/TOKYO: Saham Asia meningkat hari ini, selepas lonjakan harga minyak membantu melonjakkan Wall Street ke paras tertinggi, manakala petunjuk ekonomi China terlepas jangkaan tidak menjejaskan keuntungan saham tanah besar itu.

Indeks meluas MSCI saham Asia Pasifik di luar Jepun meningkat sehingga 0.2 peratus.

Ia adalah di landasan betul untuk peningkatan 1.9 peratus pada minggu ini.

Kedua-dua indeks CSI300 China dan Komposit Shanghai meningkat kira-kira 0.5 peratus selepas pelaburan aset tetap, jualan runcit dan pengeluaran industri semuanya naik tetapi di bawah jangkaan.

Kedua-dua indeks itu menuju keuntungan kira-kira 1.4 peratus pada minggu ini. - REUTERS

Berita Harian X