Sabtu, 6 Ogos 2016 | 12:07am
SUMBING bibir dan lelangit memerlukan rawatan berpanjangan iaitu daripada usia bayi hingga dewasa dengan membabitkan pelbagai pakar seperti pakar sakit puan.
SUMBING bibir dan lelangit memerlukan rawatan berpanjangan iaitu daripada usia bayi hingga dewasa dengan membabitkan pelbagai pakar seperti pakar sakit puan.

Rawatan sumbing babitkan ramai pakar


SUMBING (klef) bibir dan lelangit adalah pembentukan struktur bibir dan lelangit tidak normal serta tidak bercantum dengan normal semasa pembentukan janin seawal empat hingga lapan minggu.

Secara umumnya, klef boleh berlaku secara tersendiri atau dikaitkan dengan pelbagai sindrom.

Selalunya kanak kanak yang mana klef tidak dikaitkan dengan sebarang sindrom (isolated), mereka ini mempunyai tahap IQ yang sama dengan kanak kanak normal yang lain dan tidak perlu dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU).

Pakar Bedah Plastik dan Rekonstruktif Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Marzida Abd Latib, berkata pelbagai faktor dalaman atau genetik dan persekitaran dikatakan menjadi penyebab terjadinya klef.

"Ada pelbagai jenis klef bibir dan lelangit dengan pelbagai tahap sumbing dialami dan tiada satu klef pun yang seiras walaupun dari segi klasifikasi ia mungkin sama kategori.

"Ini menyebabkan rawatan klef selalunya bergantung pada ciri unik bentuk dan strukturnya, permasalahan dan keperluan pesakit itu sendiri," katanya.

Kecacatan gagal dikesan

SUMBING (klef) bibir dan lelangit adalah pembentukan struktur bibir dan lelangit tidak normal serta tidak bercantum dengan normal semasa pembentukan janin seawal empat hingga lapan minggu.
SUMBING (klef) bibir dan lelangit adalah pembentukan struktur bibir dan lelangit tidak normal serta tidak bercantum dengan normal semasa pembentukan janin seawal empat hingga lapan minggu.

Walaupun pembentukan struktur bibir dan lelangit berlaku pada pembentukan janin seawal empat hingga lapan minggu, ia hanya boleh dikesan melalui ultrasonografi apabila kandungan berusia dalam lingkungan 20 minggu.

Dalam klef lelangit jenis submucous, ada masanya bayi ini tidak dapat didiagnosis sejak lahir kerana struktur lelangit nampak sempurna.

Ini menyebabkan golongan ini akan datang lambat berjumpa pakar apabila menyedari suara dan pertuturan sengau dan tidak sempurna.

Sumbing bibir dan lelangit memerlukan rawatan berpanjangan iaitu daripada bayi hingga dewasa dengan membabitkan pelbagai pakar seperti pakar sakit puan.

Mereka juga dirujuk kepada pakar pembedahan plastik, pakar pergigian atau maksilofasial.

Pakar telinga, telinga, hidung dan tekak (ENT), pakar pemakanan, pakar pertuturan, pakar kanak-kanak, pakar bius, jururawat terlatih, badan bukan kerajaan (NGO) dan pelbagai kumpulan sokongan yang lain.

Rujuk segera jika ada tanda awal

PAKAR Bedah Plastik dan Rekonstruktif HKL, Dr Marzida Abd Latib. - Foto Zunnur Al Shagiq
PAKAR Bedah Plastik dan Rekonstruktif HKL, Dr Marzida Abd Latib. - Foto Zunnur Al Shagiq

"Kita menyarankan, bayi yang baharu dilahirkan dan didapati mempunyai klef, mestilah dirujuk segera kepada pakar pembedahan plastik dan rekonstruktif.

"Pakar bedah plastik selalunya menjadi moderator yang akan menyusun atur keperluan kanak-kanak klef ini, merujuk dan berbincang dengan kepakaran masing-masing untuk rawatan menyeluruh," katanya.

Sebelum merancang pembedahan klef, doktor akan memastikan pesakit sihat untuk pembedahan dan dirujuk ke pakar bius.

Sekiranya bayi klef ini mengalami permasalahan lain seperti fungsi jantung atau paru-paru tidak normal keadaan itu perlu diatasi diatasi terlebih dulu dan pembedahan plastik surgeri terpaksa ditangguhkan.

Keseluruhan rawatan berpanjangan sehingga pesakit berumur dalam lingkungan 20-an dan pesakit klef yang datang pada peringkat dewasa, pendekatan bagi pesakit sebegini sedikit berbeza.

UJIAN imbasan ultra bunyi menunjukkan bayi mempunyai masalah sumbing
UJIAN imbasan ultra bunyi menunjukkan bayi mempunyai masalah sumbing

Info

* Peringkat pembedahan:

1. Pembedahan klef bibir

- Dilakukan seawal mungkin apabila kandungan haemoglobin dalam darah mencecah 10 gram

- Berat bayi lima kilogram

- Umur bayi mencecah 10 minggu.

2. Pembedahan lelangit:

- Bayi berumur dalam lingkungan 9 -12 bulan.

Rawatan susulan:

- Terapi pertuturan

- Rawatan gigi

- Rawatan tampalan gusi

- Pembedahan hidung dan tulang muka

- Pembedahan lain sekiranya perlu.

* Lebih kerap berlaku dalam kalangan bayi lelaki berbanding perempuan

- Nisbah sebanyak 2 (lelaki) :1 (perempuan)

Masalah klef:

* Masalah pemakanan*

* Masalah pendengaran

* Masalah pertuturan dan bahasa

* Masalah gigi dan orthodontik

* Masalah estetik muka terutama bahagian muka tengah

* Masalah kurang keyakinan diri terutama apabila meningkat remaja.

* Masalah saluran pernafasan**

* Masalah pemakanan tidak begitu serius, melainkan bayi mengalami sindrom yang menyukarkannya untuk makan.

** Selalu dikaitkan dengan Pierre Robin Sequence

Punca:

1. Faktor genetik:

* Kromosomal trisomy 13 atau 21 (Sindrom Down)

* Sindorm Van Der Woude

* Sindrom Treacher Collins

* Sindrom Stickler

* Sindrom Velokardiofasial

* Pierre Robin Sequence

2. Faktor persekitaran:

* Kekurangan khasiat pemakanan-asid folik, vitamin B6

* Kafein dan alkohol

* Merokok

* 13-cis-asid retinoik (Acutane)

* Ubat : phenytoin ,steroids

* Infeksi viral : rubella

* Pendedahan kepada sinar X

* Altitude tinggi

Klasifikasi umum klef :

* Klef bibir mikroform

* Klef bibir tidak lengkap +/-klef lelangit

* Klef bibir sebelah kiri +/- klef lelangit (L)

* Klef bibir sebelah kanan +/- klef lelangit (R)

* Klef bibir kiri dan kanan +/- klef lelangit (Bilateral cleft lip +/- cleft palate)

* Klef lelangit penuh ( complete cleft palate)

* Klef lelangit sekunder ( cleft secondary palate)

* Klef lelangit submucous ( submucous cleft palate)

Risiko kejadian klef berulang (recurrence rate):

* Ibu dan bapa tiada klef-

- 1 anak mempunyai klef bibir/lelangit

* Risiko kejadian klef berulang ~ 1 dalam 20 (5%)

- 2 orang anak mempunyai klef bibir/lelangit

* Risiko kejadian klef berulang ~ 1 dalam 4 (25%)

* Ibu ATAU bapa dan seorang anak mempunyai klef

- Risiko kejadian klef berulang ~1 dalam 4 (25%)

* Ibu ATAU bapa mempunyai klef,

- Risiko anak pertama mendapat klef ~ 1 dalam 20 (5%)

* Kedua-dua ibu dan bapa mempunyai klef,

- Risiko anak pertama mendapat klef 1 dalam 4 (25%)

Berita Harian X