X
Jumaat, 5 Ogos 2016 | 11:31am

Mourinho 'si kaki buli' patut dipenjara - Ahli FifPro

 Jose Mourinho
Jose Mourinho

LONDON: Jose Mourinho seharusnya dihantar ke penjara kerana membuli pemain tengah Manchester United, Bastian Schweinsteiger, kata ahli kesatuan pemain bola sepak dunia, FifPro.

Mourinho berhasrat untuk menjual Schweinsteiger dan menurut laporan, pengurus itu mengarahkan bintang Jerman berkenaan menjalani latihan bersendirian dan bersama skuad simpanan.

Pemain yang memenangi Piala Dunia itu tidak disenaraikan dalam skuad United ketika aksi ujian Wayne Rooney menentang Everton, kelmarin biarpun Mourinho menggunakan 22 pemain dalam perlawanan menyaksikan keputusan berkesudahan seri tanpa jaringan.

Dejan Stefanovic yang kini peguam dan ahli FifPro dari Slovenia, berkata: "Ia adalah jelas buli. Di Slovenia, kami boleh mendakwa Mourinho dan meminta untuk dia dikenakan hukuman penalti maksimum - tiga tahun dipenjarakan.

"Ini jelas melunturkan semangat Bastian. Mourinho menunjukkan contoh yang tidak baik. Saya akan membawa perkara ini ke mahkamah yang sepatutnya.

"Dalam kes ini, kod yang digunakan jelas. Jika ada unsur pilih bulu dan gangguan, ada hukuman untuk dipenjarakan iaitu maksimum tiga tahun," katanya. - AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X