Sabtu, 30 Julai 2016 | 9:52pm

Rosberg sambar petak utama GP Jerman

ROSBERG sambar petak utama perlumbaan F1 GP Jerman mengatasi pendahulu yang juga rakan sepasukan Mercedes, Lewis Hamilton. - Foto EPA
ROSBERG sambar petak utama perlumbaan F1 GP Jerman mengatasi pendahulu yang juga rakan sepasukan Mercedes, Lewis Hamilton. - Foto EPA

HOCKENHEIM: Nico Rosberg menyambar petak utama perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Jerman mengatasi pendahulu yang juga rakan sepasukan Mercedes, Lewis Hamilton pada minit terakhir sesi kelayakan di sini, sebentar tadi.

Pemandu berusia 31 tahun Jerman itu mencatat masa sepusingan terpantas satu minit 14.363 saat untuk mengatasi juara bertahan tiga kali dengan 0.123 saat, selepas terpaksa melupakan pusingan memanaskan badan pada sesi kelayakan ketiga berikutan masalah elektrikal.

Ketika Hamilton memasuki pusingan terakhirnya, dia tidak berupaya memperbaiki catatan dan mengatasi Rosberg yang beraksi di gelanggang sendiri dan kini mengukuhkan peluangnya untuk merampas kembali takhta keseluruhan kedudukan.

Gandingan pemandu Red Bull, Daniel Ricciardo dan Max Verstappen masing-masing akan bermula di petak ketiga dan keempat. - AFP

Keputusan:

1. Nico Rosberg (Jerman) Mercedes 1:14.363

2. Lewis Hamilton (Britain) Mercedes 1:14.470

3. Daniel Ricciardo (Australia) Red Bull - TAG Heuer 1:14.726

4. Max Verstappen (Belanda) Red Bull - TAG Heuer 1:14.834

5. Kimi Raikkonen (Finland) Ferrari 1:15.142

6. Sebastian Vettel (Jerman) Ferrari 1:15.315

7. Nico Huelkenberg (Jerman) Force India - Mercedes 1:15.510

8. Valtteri Bottas (Finland) Williams-Mercedes 1:15.530

9. Sergio Perez (Mexico) Force India - Mercedes 1:15.537

10. Felipe Massa (Brazil) Williams-Mercedes 1:15.615

Berita Harian X