KUALA LUMPUR: Majlis sambutan Aidilfitri Media Prima Berhad (MPB) bersama kakitangan disambut meriah dengan persembahan istimewa daripada pengurusan kanan MPB dan The New Straits Times Berhad (NSTP), hari ini.
Di Balai Berita, Pengurus Besar Wilayah dan Perkhidmatan Kreatif NSTP, Zulkarnain Abd Talib, berkata majlis sambutan Aidilfitri dimeriahkan dengan persembahan daripada pengurusan kanan NSTP, termasuk Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Mohammad Azlan Abdullah.
"Majlis yang berlangsung adalah acara tradisi tahunan yang menjadi medan merapatkan silaturahim dalam kalangan warga kerja MPB dan NSTP," katanya.
Yang turut hadir, Pengerusi NSTP, Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan; Pengarah Urusan Kumpulan MPB, Datuk Seri Amrin Awaluddin; Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Datuk Abdul Jalil Hamid; Pengarang Kumpulan BH, Datuk Mahfar Ali dan Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar.
Sambutan Aidilfitri di Sri Pentas juga menampilkan kelainan apabila kira-kira 80 pengurusan kanan MPB turun padang membuat persembahan.
Pengurus Perhubungan Pekerja Kumpulan MPB, Fauzi Hashim, berkata persembahan menarik itu membuktikan ikatan kekeluargaan antara pengurusan kanan dan kakitangan MPB tidak terbatas.
"Mereka (pengurusan kanan) sentiasa berusaha mendekati kakitangan, selain mencetuskan budaya kerja sihat dan mesra dalam kalangan warga MPB," katanya.
Yang turut hadir, Pengerusi Kumpulan MPB, Datuk Seri FD Iskandar FD Mansor .