X
Selasa, 26 Julai 2016 | 12:04am
SEBANYAK lapan rekaan untuk koleksi Geo by Hatta for FashionValet dihasilkan.
SEBANYAK lapan rekaan untuk koleksi Geo by Hatta for FashionValet dihasilkan.

8 rekaan Hatta warnai hari lebaran

KOLEKSI yang menyerlahkan kemewahan dan glamor tetapi penuh kesopanan inspirasi gabungan antara budaya Melayu dan kontemporari moden.
KOLEKSI yang menyerlahkan kemewahan dan glamor tetapi penuh kesopanan inspirasi gabungan antara budaya Melayu dan kontemporari moden.

SUDAH sekian lama mendominasi industri fesyen menerusi rekaan sedia pakai (RTW) yang menawan, Hatta Dolmat terus mencipta nama melalui penghasilan busana indah buat wanita sempena lebaran ini.

Sebanyak lapan rekaan untuk koleksi Geo by Hatta for FashionValet dihasilkan dengan kerjasama gedung beli-belah dalam talian, FashionValet, bertujuan memudahkan pengguna mendapatkan koleksi dengan memasarkannya dalam talian.

Mendapat ilham daripada permukaan geografi bumi, koleksi Geo by Hatta for FashionValet menyerlahkan kemewahan dan glamor tetapi penuh kesopanan inspirasi gabungan antara budaya Melayu dan kontemporari moden.

Kemewahan alam semula jadi seperti bumi dan gunung bagi mencerminkan ratusan bayang-bayang bermain dengan warna malam misteri menjadi inspirasi Hatta untuk menghasilkan ciptaan indah ini.

 MENDAPAT ilham daripada permukaan geografi bumi.
MENDAPAT ilham daripada permukaan geografi bumi.

Corak permukaan geografi bumi

Sentuhan warna pastel seperti merah jambu lembut, biru laut, ungu, pic, hijau pudina dan merah bersama corak permukaan geografi bumi yang menyerlah.

"Saya mahu menyampaikan elemen mewah secara sederhana dalam setiap busana, justeru gabungan sempurna antara corak dan warna dapat dilihat menyerlahkan si pemakai.

"Potongan kurung lama, abaya longgar digabungkan bersama potongan moden menggambarkan penampilan ringkas tetapi bergaya sempena hari raya," katanya ketika pertunjukan fesyen sempena Gaya Koleksi Raya 2016, di Publika, baru-baru ini.

Hatta menggunakan fabrik sutera Thailand dan Hanako bersama fabrik elegan moden bagi menghiasi busana malah ia memberi keselesaan sempurna dalam setiap rekaan.

Mengambil inspirasi mewah tetapi kekal ringkas dan bergaya ketika berhari raya, Hatta mengekalkan tona busana yang sempurna untuk kesesuaian pemakaian siang dan malam.

Mengekalkan tradisi sebenar fesyen, hasil rekaan Hatta tetap unggul dan berkualiti tinggi serta mempunyai keunikan tersendiri supaya pemakaiannya boleh disesuaikan setiap masa mengikut aliran musim.

Setiap rekaan dihasilkan sesuai dipakai setiap masa dan bukan saja majlis tertentu supaya matlamat untuk sentiasa menjaga penampilan dapat direalisasikan.

ANTARA koleksi Geo by Hatta for FashionValet.
ANTARA koleksi Geo by Hatta for FashionValet.

INFO

Koleksi Geo by Hatta for FashionValet

  • Gunakan fabrik sutera Thailand dan Hanako
  • Pelbagai warna terang dan lembut
  • Rekaan pakaian longgar
  • Sesuai dipakai pada bila-bila masa
Berita Harian X