Selasa, 19 Julai 2016 | 6:51pm

Rumah tangga bergolak, Issey pohon doa peminat

PENGACARA dan penyampai radio, Issey Titan

KUALA LUMPUR: Pengacara dan penyampai radio, Issey Titan mengakui rumah tangga yang dibina tidak sampai dua tahun sedang bergolak namun masih berharap ia kembali pulih seperti sedia kala.

Justeru, dia berharap orang ramai dapat mendoakan yang terbaik buatnya dan isteri, Syuhadaa Syafiqqa Abdul Rashid, 23, yang tinggal berasingan sejak tiga bulan lalu.

"Benar, rumah tangga saya kini sedang dilanda badai dan kami tidak lagi tinggal sebumbung untuk tempoh tiga bulan. Apa yang pasti situasi ini tidak membabitkan orang ketiga.

"Kemelut yang sedang kami hadapi ini masih dibincangkan dalam keluarga kedua-dua pihak. Jika boleh saya minta orang ramai mendoakan kesejahteraan kami suami isteri.

"Saya akan berkongsi kepada umum apabila tiba masanya kelak. Buat masa ini, saya meletakkan fokus kepada kerjaya seni dulu," kata pemilik nama penuh Fazlisham Mat Hussin itu.

Pasangan berkenaan menjalin pertunangan pada September 2014 dan selamat diijabkabul pada 19 Mac 2015.

Issey yang dikenali menerusi program Bintang Mencari Bintang musim pertama bersama Azizul Amar dalam kumpulan Titan membuat keputusan untuk berkahwin setelah tempoh sembilan bulan perkenalan.

Berita Harian X