Jumaat, 15 Julai 2016 | 6:38pm
PENGERUSI SPAD, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar mengadakan sidang media mengenai pelanggaran Kod Amalan Industri (Keselamatan) SPAD, di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Aizuddin Saad
PENGERUSI SPAD, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar mengadakan sidang media mengenai pelanggaran Kod Amalan Industri (Keselamatan) SPAD, di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Aizuddin Saad

Lesen, permit Qistina Express digantung mulai hari ini

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menggantung lesen serta 26 permit bas Qistna Express Sdn Bhd selama sebulan berkuat kuasa serta-merta hari ini.

Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar, berkata tindakan itu kerana syarikat berkenaan melanggar syarat keselamatan mandatori termasuk tidak memasang Sistem Pengesanan Global (GPS) dalam bas bagi membolehkan SPAD memantau had laju.

Sehubungan itu, katanya, pengguna yang sudah membuat tempahan tiket menggunakan perkhidmatan syarikat itu agar menuntut semula bayaran.

"SPAD akan membantu memindahkan pengguna terbabit kepada syarikat pengangkutan lain," katanya pada sidang media mengenai pelanggaran Kod Amalan Industri (Keselamatan) SPAD, di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), di sini, hari ini.

Pada 10 Julai lalu, sebuah bas ekspres milik syarikat itu merempuh 10 kenderaan lain di Kilometer KM 265.8 PLUS arah selatan berhampiran Terowong Menora.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, semua 28 penumpang bas ekspres terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Bagaimanapun, dua penumpang kereta yang dirempuh mengalami kecederaan.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X