Rabu, 13 Julai 2016 | 12:37am

Schweinsteiger, Ivanovic bersatu

BINTANG bola sepak Jerman dan Manchester United, Bastian Schweinsteiger dan isteri, Ana Ivanovic di Venice, Itali, hari ini. - Foto EPA
BINTANG bola sepak Jerman dan Manchester United, Bastian Schweinsteiger dan isteri, Ana Ivanovic di Venice, Itali, hari ini. - Foto EPA

LONDON: Bintang bola sepak Jerman dan Manchester United, Bastian Schweinsteiger, akhirnya mengahwini teman wanitanya yang juga pemain tenis, Ana Ivanovic di Venice, Itali, hari ini.

Bintang tenis Serbia itu menukar pakaian putih tenisnya kepada gaun putih yang menampakkan keanggunan, sekali gus memukau tetamu yang hadir pada majlis perkahwinan berkenaan.

Kapten Jerman itu berkahwin dengan Ivanovic di hadapan rakan mereka, keluarga dan bintang sukan, selepas dua tahun menjalinkan perhubungan. - AGENSI

Berita Harian X