Isnin, 11 Julai 2016 | 9:22am

Lang rangkul gelaran juara golf Terbuka Wanita AS

Brittany Lang dari Amerika Syarikat menjulang trofi apabila menjuarai saingan golf Terbuka Wanita AS pagi tadi. - Foto AFP

SAN FRANCISCO: Pemain Amerika Syarikat (AS) Brittany Lang memenangi gelaran major pertamanya selepas mengungguli pusingan playoff menentang Anna Nordqvist dalam saingan golf Terbuka Wanita AS pagi tadi.

Nordqvist dikenakan penalti dua pukulan di lubang kedua playoff - lubang 17 par empat - kerana pemukul 5 iron digunakannya terkena pasir bunker ketika hayunan ke belakang.

Lang, yang kemenangan terakhirnya dalam Jelajah LPGA ialah pada Manulife Financial Classic 2012, muncul juara selepas melakukan par di ketiga-tiga lubang playoff.

Kedua-dua pemain berkenaan menamatkan pusingan akhir dengan catatan enam bawah par 282, dengan Nordqvist melakukan lima bawah par 67 manakala Lang satu bawah par 71.

Pemain Korea Selatan Park Sung-hyun - pendahulu hari kedua - mencatat dua atas par 74 untuk berkongsi tangga ketiga dengan rakan senegara, Amy Yang dan Ji Eun-hee serta pemain nombor satu dunia dari New Zealand, Lydia Ko.

Ko, 19, yang memburu rekod pemain paling muda memenangi tiga kejuaraan major, mendahului dua pukulan dengan 12 lubang berbaki, tetapi tercicir selepas melakukan tiga bogey dan satu double bogey.

Sementara itu wakil tunggal negara, Kelly Tan hampir berjaya memperbaiki kedudukannya apabila melakukan tiga birdie di sembilan lubang pertama, namun empat bogey di sembilan lubang terakhir memaksanya menamatkan saingan berkongsi tangga ke-32 pada catatan tiga atas par 291.

Keputusan Terbuka Wanita Amerika Syarikat:

282 - Brittany Lang, Anna Nordqvist (Lang muncul juara selepas playoff)

284 - Amy Yang, Ji Eun-Hee, Lydia Ko, Park Sung-Hyun

285 - Stacy Lewis

286 - Jodi Ewart Shadoff, Gerina Piller, Cristie Kerr

287 - Ryu So-Yeon, Sydnee Michaels, Lee Mi-Rim, Haru Nomura, Gaby Lopez, Angela Stanford

288 - Lee Lopez, Jessica Korda, Ariya Jutanugarn, Danielle Kang

289 - Jang Ha-Na, Suzann Pettersen, Mo Martin, Alena Sharp, Kris Tamulis

290 - Christina Kim, Maude Leblanc, Lin Xiyu, Lizette Salas, Catriona Matthew, Kim Sei-Young

291 Kim Kaufman, Lexi Thompson, Kelly Tan, Mi Hyang Lee, Pornanong Phatlum, Chella Choi

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X