Selasa, 5 Julai 2016 | 11:32am

Vietnam bantah latihan China di Laut China Selatan

HANOI: Vietnam membantah operasi latihan ketenteraan China di Laut China Selatan yang dipertikaikan dan menuntut China menghentikan tindakan yang dikatakan satu ancaman kepada keamanan dan keselamatan maritim.

China mengumumkan akan menjalankan latihan ketenteraan selama seminggu di sekitar kepulauan Paracel bermula hari ini.

Latihan dijangka berakhir pada malam pengumuman keputusan tribunal antarabangsa membabitkan kes yang difailkan Filipina mencabar tuntutan China ke sebahagian besar Laut China Selatan.

Jurucakap Kementerian Luar, Le Hai Binh, dalam satu kenyataan yang disiarkan lewat semalam di laman web kementerian itu, bahawa tindakan China itu melanggar kedaulatan Vietnam dan menuntut China menghentikan latihan. - AP

Berita Harian X