Ahad, 26 Jun 2016 | 9:23am

Pelari Jamaica tetap sertai pemilihan walaupun dijangkiti Zika

KEMAR Bailey-Cole. - Foto AP
KEMAR Bailey-Cole. - Foto AP

SAN JUAN, Puerto Rico: Pelari pecut Jamaica, Kemar Bailey-Cole berkata, sekali pun sudah dijangkiti virus Zika, dia tetap akan mengambil bahagian dalam perlumbaan ujian bagi Sukan Olimpik untuk negara itu, minggu depan.

Akhbar Jamaica, Gleaner semalam melaporkan atlet pecut berusia 24 tahun itu berkata, dia mengalami ruam dan sakit mata namun ia tidak menyebabkan kesakitan otot yang sering dikaitkan dengan virus itu, yang dijangkiti olehnya di Jamaica.

Bailey-Cole memenangi pingat emas dalam acara pecut 100 meter berganti-ganti ketika Sukan Olimpik London pada 2012.

Kes terbabit meningkatkan lagi kebimbangan terhadap atlet yang akan bertanding di Brazil pada Ogos ini dengan tuan rumah antara negara yang berdepan risiko virus bawakan nyamuk itu.

Bintang golf Ireland, Rory McIlroy, pelumba basikal Amerika Syarikat, Tejay van Garderen dan atlet lompat jauh Britain, Greg Rutherford antara nama-nama besar yang enggan beraksi di temasya terbabit disebabkan kebimbangan terhadap Zika. - AP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X