Khamis, 23 Jun 2016 | 2:32pm

Permaisuri Johor berangkat ke program bual bicara

Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

ISKANDAR PUTERI: Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, berkenan berangkat ke program bual bicara mengenai isu pedofilia di negara ini di sini, pagi ini.

Raja Zarith Sofiah yang berangkat tiba pada jam 10.15 pagi turut diiringi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat negeri, Asiah Md Arif.

Program anjuran Pertubuhan Pergerakan Wanita Johor (JEWEL) itu yang diadakan secara percuma, disertai lebih 300 hadirin.

Bermula pada jam 10.30 pagi, program bual bicara dengan tajuk 'Fenomena Pedofilia di Malaysia' menjemput aktivis sosial, Syed Azmi Alhabshi, bagi berkongsi pandangan dan perspektif berkenaan isu berkenaan.

Berita Harian X