Isnin, 20 Jun 2016 | 12:03pm

Penagih dadah ditangkap curi kelapa sawit

Dua lelaki yang ditangkap kerana mencuri buah kelapa sawit di FELDA Pasoh Satu, Jelebu, Negeri Sembilan.
Dua lelaki yang ditangkap kerana mencuri buah kelapa sawit di FELDA Pasoh Satu, Jelebu, Negeri Sembilan.

KUALA KLAWANG: Dua lelaki yang mencuri buah kelapa sawit ditangkap ketika leka memunggah beberapa tandan buah itu ke dalam kereta di FELDA Pasoh Satu di sini, semalam.

Mereka yang masing-masing berusia 38 dan 40 tahun, dipercayai penagih dadah yang sudah lama mencuri kelapa sawit peneroka di sekitar FELDA Pasoh Satu dan Empat.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Othman Basri, berkata hasil maklumat orang ramai, sepasukan anggota polis dari Balai Polis Simpang Pertang dan Simpang Durian di sini, membuat intipan di kebun sawit tanah rancangan itu, kira-kira jam 8.40 pagi.

KETUA Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Othman Basri. - Foto Abnor Hamizam Abd Manap
KETUA Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Othman Basri. - Foto Abnor Hamizam Abd Manap

Katanya, selepas menunggu kira-kira 15 minit, sebuah kereta PROTON Iswara yang dinaiki dua lelaki terbabit muncul di kebun itu.

"Mereka kemudian mengambil beberapa tandan sawit yang disembunyikan dalam longkang di tepi kebun untuk dimasukkan ke dalam kereta," katanya di sini, hari ini.

Othman berkata, anggota polis kemudian menyerbu dan menangkap mereka yang terkejut sehingga tidak sempat melarikan diri.

Beliau berkata, polis merampas 14 tandan kelapa sawit bernilai kira-kira RM100 dan sebuah kereta yang digunakan dalam kejadian itu.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Berita Harian X