Isnin, 10 November 2014 | 8:07am

Real Sociedad atasi Atletico Madrid


PENYERANG Real Sociedad, Imanol Agirretxe (kiri) menanduk masuk gol kemenangan pasukannya menewaskan Atletico Madrid 2-1 pada perlawanan La Liga di Stadium Anoeta, San Sebastian, Barcelona, awal pagi tadi. - Foto AFP

BARCELONA: Jaringan hasil tandukan Imanol Agirretxe pada lewat permainan memberikan Real Sociedad yang kini tanpa jurulatih, kemenangan 2-1 ke atas Atletico Madrid yang beraksi dengan 10 pemain pada perlawanan La Liga awal pagi tadi.

Mario Mandzukic menjaringkan gol selepas 10 minit perlawanan untuk Atletico mendahului tetapi Sociedad segera menyamakan kedudukan menerusi rembatan kencang ke penjuru gol oleh Carlos Vela dari jarak 25 meter.

Juara bertahan itu memburu kemenangan keempat berturut-turut saingan La Liga tetapi ia sekali lagi kecewa akibat kerapuhan pertahanan yang tidak kelihatan pada musim lalu.

Sementara itu, Valencia diikat tanpa jaringan di tempat sendiri oleh Athletic Bilbao.

Valencia kini di tangga ketiga dengan 24 mata daripada 11 perlawanan dan Atletico satu mata di belakang dan berkongsi kedudukan dengan Sevilla yang seri 1-1 dengan Levante. - Reuters

Berita Harian X