X
Ahad, 9 November 2014 | 6:35pm

Rosberg tidak mahu detik hampa Austin berulang di Brazil

SAO PAULO: Kehebatan Nico Rosberg gah menyambar petak utama, awal pagi tadi menjelang Grand Prix Brazil tidak mengejutkan.

Hakikatnya pemandu pasukan Mercedes itu lebih pantas daripada rakan senegara, Lewis Hamilton dalam semua latihan bebas serta setiap fasa kelayakan.

Apabila dihambur pujian ke atas 'tugasan sempurna' di di sini, pemandu dari Jerman itu pantas membalas: "Tugasan sempurna hanya apabila ia berjaya esok (Ahad). Saya perlu membuat ia berlaku dalam perlumbaan dan tidak seperti di Austin.

"Saya sudah belajar di Austin, saya mengerti saya harus melakukan yang lebih baik esok," kata Rosberg.

Pada GP Amerika Syarikat, minggu lalu, Rosberg memenangi petak utama di Texas tapi Hamilton menjuarai perlumbaan itu - kelima secara berturut-turut.

Rosberg berjaya mendapat petak utama buat kali ke-10, musim ini selepas menewaskan Hamilton dengan kedudukan 1-2 untuk Mercedes.

Rosberg merakamkan catatan terpantas dalam sesi kelayakan di Interlagos dengan satu minit 10.023 saat - satu pusingan yang hanya pantas 0.033s daripada pendahulu kejuaraan, Hamilton yang bakal memburu gelaran ke-11, musim ini.

Rekod GP Brazil terdahulu iaitu 1:10.646 dicatat oleh pemandu tempatan, Rubens Barrichello bersama Ferrari pada 2004.

Hamilton kini mendahului Rosberg dalam kejuaraan Formula Satu itu dengan kelebihan 24 mata berbaki dua perlumbaan. - AP

INFO

Keputusan kelayakan GP Brazil

1 Nico Rosberg (Jerman) Mercedes................... 1:10.023

2 Lewis Hamilton (Britain) Mercedes................ 1:10.056

3 Felipe Massa (Brazil) Williams-Mercedes........ 1:10.247

4 Valtteri Bottas (Finland) Williams-Mercedes.. 1:10.305

5 Jenson Button (Britain) McLaren..................... 1:10.930

6 Sebastian Vettel (Jerman) Red Bull ............ 1:10.938

7 Kevin Magnussen (Denmark) McLaren.......... 1:10.969

8 Fernando Alonso (Sepanyol) Ferrari........ 1:10.977

9 Daniel Ricciardo (Australia) Red Bull...... 1:11.075

10 Kimi Raikkonen (Finland)...... Ferrari........... 1:11.099

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X