Sabtu, 18 Jun 2016 | 12:02am
KUALA LUMPUR 16 MAY 2016. (UNTUK SHAIFUL/BH SAHAJA) Malay Sous Chef Hotel Armada, Alipah Kandar menunjukkan resepi Kari Kepala Ikan Salmon yang di hasilkannya. NSTP/MUNIRA ABDUL GHANI

Kari kepala ikan salmon

KUALA LUMPUR 16 MAY 2016. (UNTUK SHAIFUL/BH SAHAJA) Kari Kepala Ikan Salmon yang di hasilkan oleh Malay Sous Chef Hotel Armada, Alipah Kandar. NSTP/MUNIRA ABDUL GHANI

RAMAI rakyat Malaysia gemar kari kepala ikan. Masakan berkuah ini jika dimasak pekat, ia cukup menyelerakan di tambah saiz kepala ikan itu besar, membuatkan kecur air liur.

Biasanya, kepala ikan merah digunakan bagi menyediakan gaya masakan kari Kerala bersama sayuran seperti bendi dan terung. Enak dimakan bersama nasi atau roti dan lebih muhibah sekiranya berkongsi hidangan.

Mempelbagaikan resipi kari kepala ikan, Hotel Armada di Petaling Jaya memberi kelainan dengan menggunakan kepala ikan salmon sebagai tarikan buat penggemarnya.

Cef Sous Melayu, Alipah Kandar berkata, penggunaan ikan salmon memberi kelainan rasa dan menambahkan lemak pada juadah.

"Ada beranggapan membersihkan ikan salmon amat leceh, perlukan kesabaran bagi menghilangkan bau hanyir. Sebenarnya, ada cara untuk menghilangkan bau hanyir itu, rendam ikan salmon dengan air limau. Selepas itu, gosok isi limau pada ikan supaya bau kurang menyenangkan dapat dihilangkan," katanya kepada AURA, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 16 MAY 2016. (UNTUK SHAIFUL/BH SAHAJA) Langkah demi langkah menghasilkan resepi Kari Kepala Ikan Salmon oleh Malay Sous Chef, Alipah Kandar di Hotel Armada, Petaling Jaya. NSTP/MUNIRA ABDUL GHANI

Penggunaan halba campur

Alipah berkata, ada juga petua membasuh ikan salmon dengan tepung. Caranya, lumurkan tepung sekejap kemudian cuci bersih. Selepas memasak, perahkan juga lemon ke atas ikan salmon. Malah, ia petua turun temurun yang diamalkan tukang masak sejak dulu lagi.

Beliau berkata, cara menyediakan kari kepala ikan salmon ini sama seperti resipi kari kepala ikan yang lain tetapi perlu berhati-hati ketika mengacaunya supaya isi ikan tidak hancur.

"Penggunaan halba campur dan halia sangat penting supaya menaikkan aroma kari, selain memekatkan kuah seperti resipi mamak. Memasak ikan salmon memerlukan tempoh yang pendek saja dan jika dibiar terlalu lama, ia mudah hancur kerana isinya sangat rapuh," katanya.

Minggu ini, Aroma Kulinari berkongsi resipi kari kepala ikan salmon dan ia pastinya membuatkan selera makan bertambah. 

KUALA LUMPUR 16 MAY 2016. (UNTUK SHAIFUL/BH SAHAJA) Bahan-bahan yang di perlukan untuk menghasilkan resepi Kari Kepala Ikan Salmon oleh Malay Sous Chef, Alipah Kandar di Hotel Armada, Petaling Jaya. NSTP/MUNIRA ABDUL GHANI

Bahan-bahan:

2 ketul kepala ikan salmon yang dibelah dua

10 gram (g) halba campur

3g daun kari

50g minyak masak

20g bawang kecil (digiling)

20g bawang putih (digiling)

10g halia (digiling)

20g cili giling

20g serbuk kari ikan

20g air asam jawa

500g santan pekat

5 biji limau kasturi

Serbuk perasa secukupnya

Cara memasak:

1. Basuh bersih kepala ikan salmon menggunakan limau kasturi.

KUALA LUMPUR 16 MAY 2016. (UNTUK SHAIFUL/BH SAHAJA) Langkah demi langkah menghasilkan resepi Kari Kepala Ikan Salmon oleh Malay Sous Chef, Alipah Kandar di Hotel Armada, Petaling Jaya. NSTP/MUNIRA ABDUL GHANI
KUALA LUMPUR 16 MAY 2016. (UNTUK SHAIFUL/BH SAHAJA) Langkah demi langkah menghasilkan resepi Kari Kepala Ikan Salmon oleh Malay Sous Chef, Alipah Kandar di Hotel Armada, Petaling Jaya. NSTP/MUNIRA ABDUL GHANI

2. Panaskan minyak dan tumis halba campur, daun kari dan bahan giling sehingga naik bau.

KUALA LUMPUR 16 MAY 2016. (UNTUK SHAIFUL/BH SAHAJA) Langkah demi langkah menghasilkan resepi Kari Kepala Ikan Salmon oleh Malay Sous Chef, Alipah Kandar di Hotel Armada, Petaling Jaya. NSTP/MUNIRA ABDUL GHANI
KUALA LUMPUR 16 MAY 2016. (UNTUK SHAIFUL/BH SAHAJA) Langkah demi langkah menghasilkan resepi Kari Kepala Ikan Salmon oleh Malay Sous Chef, Alipah Kandar di Hotel Armada, Petaling Jaya. NSTP/MUNIRA ABDUL GHANI

KUALA LUMPUR 16 MAY 2016. (UNTUK SHAIFUL/BH SAHAJA) Langkah demi langkah menghasilkan resepi Kari Kepala Ikan Salmon oleh Malay Sous Chef, Alipah Kandar di Hotel Armada, Petaling Jaya. NSTP/MUNIRA ABDUL GHANI
KUALA LUMPUR 16 MAY 2016. (UNTUK SHAIFUL/BH SAHAJA) Langkah demi langkah menghasilkan resepi Kari Kepala Ikan Salmon oleh Malay Sous Chef, Alipah Kandar di Hotel Armada, Petaling Jaya. NSTP/MUNIRA ABDUL GHANI

3. Kecilkan api, masukkan cili giling dan rempah kari lalu kacau sehingga mendidih.

4. Masukkan air asam jawa dan kepala ikan salmon, kacau perlahan-lahan.

KUALA LUMPUR 16 MAY 2016. (UNTUK SHAIFUL/BH SAHAJA) Langkah demi langkah menghasilkan resepi Kari Kepala Ikan Salmon oleh Malay Sous Chef, Alipah Kandar di Hotel Armada, Petaling Jaya. NSTP/MUNIRA ABDUL GHANI
KUALA LUMPUR 16 MAY 2016. (UNTUK SHAIFUL/BH SAHAJA) Langkah demi langkah menghasilkan resepi Kari Kepala Ikan Salmon oleh Malay Sous Chef, Alipah Kandar di Hotel Armada, Petaling Jaya. NSTP/MUNIRA ABDUL GHANI

5. Masukkan santan pekat, biarkan mendidih pada api sederhana.

6. Masukkan tomato, bendi dan cili hijau dan serbuk perasa secukupnya.

KUALA LUMPUR 16 MAY 2016. (UNTUK SHAIFUL/BH SAHAJA) Langkah demi langkah menghasilkan resepi Kari Kepala Ikan Salmon oleh Malay Sous Chef, Alipah Kandar di Hotel Armada, Petaling Jaya. NSTP/MUNIRA ABDUL GHANI
KUALA LUMPUR 16 MAY 2016. (UNTUK SHAIFUL/BH SAHAJA) Langkah demi langkah menghasilkan resepi Kari Kepala Ikan Salmon oleh Malay Sous Chef, Alipah Kandar di Hotel Armada, Petaling Jaya. NSTP/MUNIRA ABDUL GHANI

7. Selepas ikan masak, angkat, letak dalam pinggan lalu hiaskan dan juadah siap untuk dihidang.

Info

Manfaat ikan salmon;

  • 1. Menjaga kesihatan jantung.
  • 2. Mengurangkan risiko kematian mengejut akibat penyakit jantung.
  • 3. Mengurangkan risiko strok.
  • 4. Penting untuk otak bayi dan pengembangan mata sepanjang kehamilan.
  • 5. Mengurangkan risiko gangguan mental seperti penyakit Alzheimer dan tekanan.

Berita Harian X