Khamis, 16 Jun 2016 | 2:03pm
Khai Bahar.

Hazami, Khai Bahar sertai projek amal Yayasan Salam


Heliza Helmi.

KUALA LUMPUR: Bintang sensasi Smule, Khai Bahar dan Hazami adalah antara barisan artis yang bakal menjayakan program penjelajahan amal, Ritma Aman Ramadan 2016 untuk mengutip dana bagi golongan yang memerlukan.

Ritma Aman Ramadan 2016 adalah konsert mini yang menampilkan 10 artis terkenal dan sedang mencipta nama di bawah label Pop Art Groove dan Cloudworks Records. Barisan artis yang terbabit dalam persembahan selama 90 minit itu adalah finalis Artis Lelaki Baharu Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-29, Ir Razi selain Ratu Cantik Malaysia 2015, Dewi Seriestha dan peserta Vokal Bukan Sekadar Rupa, Azmarul Azwan.

Dibawakan oleh Pop Art Media Sdn Bhd dan Pink & Grey Events and Productions, konsert mini itu memulakan siri jelajahnya di Khadijah's Kitchen, Melaka pada 17 Jun ini disusuli Artisan Centre & Art Gallery (18 Jun) dan Kelantan Delights (21 dan 24 Jun).

Serentak siri jelajah, kutipan derma turut diadakan dan bakal disalurkan kepada Yayasan Salam Malaysia yang dinaungi Datuk Ahmad A Talib.

Siri jelajah itu turut menyaksikan kemunculan khas bekas anggota kumpulan Trez, ZimEzuan yang menyanyikan semula lagu La Tahzan iaitu projek rakaman semula lagu khidmat sosial masyarakat untuk membangkitkan kesedaran dan keinsafan terhadap nasib malang masyarakat Palestin yang pernah dirakamkan Heliza.

Selain mengutip derma secara langsung di lokasi persembahan, sumbangan boleh disalurkan kepada Yayasan Salam Malaysia sebelum 30 Jun atau menerusi akaun Public Bank Berhad: 3072879302 dan CIMB Bank : 8002382416.


Hazami dan Ir Radzi.

Berita Harian X