Isnin, 13 Jun 2016 | 7:47am

Insiden tembakan, Obama keluarkan kenyataan

PRESIDEN Amerika Syarikat, Barack Obama bercakap di Rumah Putih Washington mengenai insiden tembakan yang berlaku di Orlando, Florida. - Foto REUTERS

WASHINGTON: Rumah Putih berkata Presiden Barack Obama akan memberikan kenyataan hari ini berhubung insiden tembakan terbaharu di kelab malam dekat Florida.

Obama sudah menerima taklimat daripada jabatan keselamatan dalam negeri dan penasihat pencegahan keganasan serta meminta maklumat terkini dari masa ke semasa ketika Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan pegawai persekutuan lain bekerjasama dengan polis di Orlando, Florida, berhubung kes itu.

Rumah Putih berkata, Obama sudah mengarahkan pegawai persekutuan untuk memberikan sebarang bentuk bantuan yang diperlukan untuk meneruskan siasatan dan menyokong komuniti Orlando.

Polis berkata, seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di dalam kelab malam yang sesak awal Ahad, membunuh sekurang-kurangnya 50 orang sebelum terbunuh selepas bertempur dengan pegawai SWAT.

Ia adalah insiden tembakan besar-besaran paling terburuk dalam sejarah Amerika.

Pihak berkuasa sedang menyiasat kes ini sebagai tindakan keganasan. - AP

Berita Harian X