Ahad, 12 Jun 2016 | 10:35pm

Obama diberi taklimat kejadian tembakan di kelab gay


DATUK Bandar Orlando Buddy Dyer (tengah kanan) dan Ketua Polis Orlando, John Mina (tengah kiri) tiba untuk membuat sidang media susulan kes tembak di kelab malam gay di Florida yang menyebabkan 20 maut dan 42 lagi cedera. - Foto AP

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama hari ini sudah diberi taklimat oleh penasihat keselamatan dan antipengganas mengenai kejadian tembakan di kelab malam gay di Florida yang menyebabkan 20 maut dan 42 lagi cedera.

Menurut Rumah Putih, beberapa jam selepas kejadian itu, Obama meminta diberi taklimat mengenai maklumat terbaru, ketika FB dan beberapa pegawai persekutuan berkerja sama dengan polis Orlando.

Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Josh Earnest dalam satu kenyataan berkata, Obama mengarahkan FBI menyediakan sebarang bantuan yang diperlukan untuk menyiasat kejadian itu.

Sementara itu, Gabenor Florida, Rick Scott dalam satu kenyataan berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan penguat kuasa undang-undang dan polis Orlando.

"Kami akan menyediakan segala bantuan yang ada untuk membantu siasatan. Pusat operasi kecemasan negeri juga memantau kejadian tragik itu," katanya. - AP

Berita Harian X