Khamis, 6 November 2014 | 1:59pm
PENGGUNA telefon bimbit menggunakan laluan khas di lorong pejalan kaki dekat Chongqing, China. - Foto ihsan Zuma Press
PENGGUNA telefon bimbit menggunakan laluan khas di lorong pejalan kaki dekat Chongqing, China. - Foto ihsan Zuma Press

Pengguna telefon China mencecah 1.53 bilion

BEIJING: Pengguna telefon di China berjumlah 1.53 bilion hingga hujung September termasuk 1.27 bilion pengguna telefon mudah alih, lapor agensi berita Xinhua yang memetik Kementerian Teknologi Maklumat dan Industri.

Pelanggan jalur lebar mudah alih sebanyak 525 juta pada hujung bulan lalu, termasuk 43.06 juta pelanggan 4G. Sejumlah 200 juta isi rumah mempunyai jalur lebar talian tetap dalam tempoh itu.

Kira-kira 92 peratus daripada kampung-kampung di negara itu mempunyai akses kepada jalur lebar. - BERNAMA

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X