Sabtu, 4 Jun 2016 | 12:36am
PENGARAH Taman-Taman Sabah, Dr Jamili Nais. - Foto Lano Lan
PENGARAH Taman-Taman Sabah, Dr Jamili Nais. - Foto Lano Lan
ANTARA batu besar yang dihanyutkan dari Gunung Kinabalu yang tersadai di tepi Sungai Mesilau Dua di Kundasang, Ranau. - Foto Lano Lan
ANTARA batu besar yang dihanyutkan dari Gunung Kinabalu yang tersadai di tepi Sungai Mesilau Dua di Kundasang, Ranau. - Foto Lano Lan
KEADAAN terkini Sungai Mesilau Dua yang mengalami hakisan teruk selepas gempa bumi dan banjir pada tahun lalu. - Foto Lano Lan
KEADAAN terkini Sungai Mesilau Dua yang mengalami hakisan teruk selepas gempa bumi dan banjir pada tahun lalu. - Foto Lano Lan
PEGAWAI dari bahagian Falak, Pejabat Mufti Negeri Sabah, Mohd Jumat Abd Razak meneliti sebahagian kerosakan Masjid Pekan Ranau akibat gegaran ketika gempa bumi yang melanda Ranau. - Foto ihsan pembaca

SEBAHAGIAN pendaki dan malim gunung yang terperangkap di kawasan Sayat-Sayat Gunung Kinabalu. - Foto ihsan pembaca
SEBAHAGIAN pendaki dan malim gunung yang terperangkap di kawasan Sayat-Sayat Gunung Kinabalu. - Foto ihsan pembaca
MASJID Pekan Ranau yang mengalami kerosakan selepas kejadian gempa bumi di Sabah. - Foto Malai Rosmah Tuah
MASJID Pekan Ranau yang mengalami kerosakan selepas kejadian gempa bumi di Sabah. - Foto Malai Rosmah Tuah
SATU daripada puncak Gunung Kinabalu dikenali Donkey Ears Peak patah susulan gempa bumi. - Foto ihsan pembaca
SATU daripada puncak Gunung Kinabalu dikenali Donkey Ears Peak patah susulan gempa bumi. - Foto ihsan pembaca
JOIMIN Molidin, 49, meneliti rekahan dinding rumahnya Kampung Kiau Toburi, Kota Belud akibat gempa bumi di Ranau. - Foto Lano Lan
JOIMIN Molidin, 49, meneliti rekahan dinding rumahnya Kampung Kiau Toburi, Kota Belud akibat gempa bumi di Ranau. - Foto Lano Lan
SEBAHAGIAN pendaki dan malim gunung yang terperangkap di kawasan Sayat-Sayat Gunung Kinabalu. - Foto ihsan pembaca
SEBAHAGIAN pendaki dan malim gunung yang terperangkap di kawasan Sayat-Sayat Gunung Kinabalu. - Foto ihsan pembaca

Kinabalu masih terluka

RANAU: Sebelum gempa bumi menggegarkan Gunung Kinabalu di sini pada 5 Jun tahun lalu, pendakian ke puncaknya boleh dilakukan sama ada dari Taman Kinabalu atau Mesilau Resort, Kundasang.

Susulan gempa, dua titik pendakian itu ditutup berikutan kerosakan laluan dan kemudahan sebelum pendakian bermula dari Taman Kinabalu dibuka semula sepenuhnya pada 1 Disember lalu.

Hampir genap setahun insiden berlalu, pendakian dari Mesilau Resort belum dapat dilakukan kerana laluan perhubungan ke lokasi itu masih terputus.

Jalan raya tidak dapat dilalui selepas jambatan merentasi Sungai Mesilau Dua dihanyutkan banjir lumpur, manakala sebahagian laluan runtuh akibat aliran arus deras yang menghanyutkan batuan dari gunung kira-kira seminggu selepas gempa bumi.

Ia antara kesan kerosakan akibat gempa bumi dan banjir lumpur di daerah ini yang masih kelihatan, selain kemusnahan bangunan termasuk Masjid Ar-Rahman di pekan ini yang ditutup selepas sebahagian bumbung runtuh dihempap menara masjid yang jatuh.

MASJID Ar-Rahman, Ranau yang mengalami kerosakan akibat gempa bumi pada tahun lalu kini ditutup sementara menunggu kerja pembinaan semula yang dijangka bermula tahun depan. - Foto Lano Lan
MASJID Ar-Rahman, Ranau yang mengalami kerosakan akibat gempa bumi pada tahun lalu kini ditutup sementara menunggu kerja pembinaan semula yang dijangka bermula tahun depan. - Foto Lano Lan

ALIRAN air yang deras dari kawasan Gunung Kinabalu masih membawa lumpur dan batuan terutama selepas hujan lebat. - Foto Lano Lan
ALIRAN air yang deras dari kawasan Gunung Kinabalu masih membawa lumpur dan batuan terutama selepas hujan lebat. - Foto Lano Lan

Tinjauan BH mendapati, penghadang dipasang pada laluan menuju ke Mesilau Resort bagi menghalang kenderaan memasukinya atas sebab keselamatan berikutan keadaan runtuhan akibat hakisan Sungai Mesilau Dua yang masih berlaku.

Penduduk, Ahimin Loimin, 45, berkata aliran air sungai itu masih deras dan menghanyutkan batuan dari gunung selepas hujan lebat menyebabkan keadaan tebing sungai menjadi semakin curam dan tinggi.

"Kadang-kala terdengar runtuhan kuat di kawasan gunung, mungkin masih ada batuan pecah akibat gempa bumi tahun lalu yang jatuh ditimpa aliran air deras selepas hujan. Ia menyebabkan keadaan di sini masih bahaya," katanya.

Dalam pada itu, jemaah masjid Ar-Rahman kini menggunakan dewan bersebelahan yang diubahsuai sebagai ruang solat selepas masjid sedia ada disahkan tidak selamat dan perlu dirobohkan berikutan strukturnya banyak kesan retakan.

Difahamkan, pembaikan dan pengubahsuaian masjid itu dijangka dimulakan awal tahun depan membabitkan kos kira-kira RM11 juta dengan pembinaannya mengambil kira aspek tahan gempa bagi mengelak kerosakan jika berlaku gempa bumi pada masa depan.

Sementara kerja pembinaan semula laluan pendakian Gunung Kinabalu yang bermula di Pondok Timpohon, Taman Kinabalu dilaporkan belum selesai sepenuhnya, meskipun pendakian sudah dibuka semula sejak Disember lalu.

PEMANDANGAN sebahagian Gunung Kinabalu dari Jalan Mesilau Resort yang masih ditutup kerana rosak selepas gempa bumi dan banjir lumpur tahun lalu. - Foto Lano Lan

Pengarah Taman-Taman Sabah, Dr Jamili Nais, berkata kerja pembinaan laluan utama dinamakan Jalan Ranau masih berbaki kira-kira dua peratus, manakala satu lagi laluan yang dinamakan Jalan Kota Belud kini mencapai 85 peratus dan dijangka siap bulan depan.

Katanya, Jalan Ranau yang digunakan pendaki ketika ini masih menjalani proses penambahbaikan keselamatan di beberapa lokasi dikenal pasti berisiko jika berlaku gempa bumi, termasuk masalah kesesakan disebabkan pergerakan turun naik pendaki.

"Jalan Kota Belud pula bukan untuk aktiviti pendakian harian, sebaliknya hanya digunakan jika laluan utama tidak boleh dilalui. Kakitangan Taman-Taman Sabah akan mencuba laluan itu bulan depan," katanya.

Pembinaan laluan baharu dilakukan selepas laluan asal tidak lagi dapat digunakan kerana ditimbus batuan. Seramai 18 pendaki termasuk empat malim gunung terkorban ditimpa runtuhan batuan di laluan berkenaan ketika gempa bumi tahun lalu.

Proses pembinaan laluan baharu yang bermula sejak Julai tahun lalu pula mengambil masa yang lama kerana membabitkan pembinaan banyak tangga, selain beberapa kali dihentikan akibat gempa susulan yang menyebabkan gegaran di kawasan gunung.

Sementara itu, keluarga malim gunung yang meninggal dunia dalam gempa bumi bermagnitud 5.9 pada skala Richter itu, masih menangisi kematian orang tersayang.

"Masih terbayang Robbie menemani saya mengiringi pendaki di Gunung Kinabalu. Sekarang dia sudah tiada tetapi saya masih meneruskan kerja sebagai malim kerana di sinilah hidup dan mati kami," kata Sapinggi Ladsou, 58, bapa mendiang Robbie, seorang daripada empat malim gunung yang terkorban.

Robbie, seorang daripada empat malim gunung yang terkorban.
Robbie, seorang daripada empat malim gunung yang terkorban.

Tiga lagi malim gunung yang terkorban ketika gempa bumi jam 7.15 pagi itu ialah Valerian Joannes, Ricky Masarin dan Joseph Solungin.

Sapinggi berkata, anak ketiga daripada 10 beradik itu adalah antara tiga anaknya yang mengikut jejaknya menjadi malim gunung dan berkhidmat mengiringi pendaki di Gunung Kinabalu sebagai rutin harian.

Katanya, Robbie adalah malim yang disenangi pendaki kerana sikapnya mudah mesra dan pandai menghiburkan orang menyebabkan pemergiannya sejak setahun lalu masih dirasai.

"Walaupun reda namun saya amat merasakan ketiadaan Robbie. Cuma kasihan melihat anak dan isterinya menyebabkan hati saya jadi sayu apabila terkenang mendiang," katanya.

Sapinggi berkata, anak mendiang yang kini berusia kira-kira setahun dan isterinya, Reena Joshi, 33, warga Britain, sudah kembali ke negara asal pada November lalu bagi mengurangkan kesedihan susulan kematian Robbie.

Beliau berkata, mereka sekeluarga sebolehnya mahu Reena dan anaknya terus tinggal di rumah mereka di Kampung Kiau Toburi, Kota Belud sebagai pengganti dan pengubat rindu apabila teringatkan mendiang Robbie.

"Reena sukar untuk melupakan apa yang berlaku menyebabkan dia sentiasa sedih dan mengambil keputusan pulang ke Britain bagi mengurangkan perasaan itu. Baru-baru ini, Reena ada menghubungi kami dan menghantar gambar cucu," katanya.

Sappinggi berkata, walaupun berlaku gempa bumi dan keadaan dirinya yang menjangkau usia tua, beliau masih meneruskan tugas sebagai malim gunung kerana berpendirian kematian boleh berlaku tanpa mengira tempat atau masa.

Abang ipar mendiang Ricky, Patrick Dangih, 45, berkata walaupun setahun berlalu, keluarganya masih sukar menerima kehilangan Ricky yang disifatkan seorang anak yang baik dan rajin.

"Mentua saya (ibu Ricky) masih bersedih. Saya juga merasai kehilangannya kerana kami selalu berjumpa jika ada kelapangan, malah sebenarnya mendiang adalah bekas anak murid saya," katanya yang juga seorang guru.

KEADAAN terkini Sungai Mesilau Dua yang mengalami hakisan teruk selepas gempa bumi dan banjir pada tahun lalu. - Foto Lano Lan
KEADAAN terkini Sungai Mesilau Dua yang mengalami hakisan teruk selepas gempa bumi dan banjir pada tahun lalu. - Foto Lano Lan

FAKTA: Gempa bumi Gunung Kinabalu pada 5 Jun 2015

  • Kekuatan gempa 5.9 skala Richter
  • 173 pendaki dan malim gunung terkandas di puncak gunung
  • 18 terkorban termasuk 4 malim gunung.
  • Malim gunung terkorban ialah Robbie Sapinggi, 30; Joseph Solungin, 30; dua kakitangan Mountain Torq iaitu Valerian Joannes dan Ricky Masirin.

INFO

  • RM11 juta kos membina semula Masjid Ar-Rahman, pekan Ranau yang rosak akibat gempa bumi.
  • 33 sekolah di Ranau, Kota Belud dan daerah berhampiran mengalami kerosakan akibat gempa bumi dan banjir lumpur.
  • Landskap Sungai Mesilau Dua berubah daripada sebuah anak sungai menjadi sungai yang lebar dan bertebing curam akibat hakisan teruk selepas gempa bumi.
  • 138 gempa bumi termasuk 137 gempa susulan direkodkan di Ranau sejak 5 Jun 2015 sehingga kini.
Berita Harian X