Isnin, 30 Mei 2016 | 4:55pm

Pemandu lemas kereta terbabas dalam parit


ANGGOTA bomba membantu mengeluarkan mangsa kemalangan dari kenderaan yang terbabas dan terbalik ke dalam parit dekat Kampung Sungai Damit, Bongawan. - Foto ihsan bomba

PAPAR: Seorang lelaki maut dipercayai lemas selepas kereta dipandunya terbabas dan terbalik ke dalam parit, dekat Kampung Sungai Damit, Bongawan, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 7.20 pagi itu, mangsa, Mohd Nizam Rahman, 27, yang memandu kereta PROTON Waja dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terjunam ke dalam parit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Papar, Dunstan Peter, berkata pihaknya menghantar sepasukan anggota ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada jam 7.26 pagi tadi dan tiba pada jam 7.53 pagi.

"Ketika bomba mengeluarkan mangsa, dia didapati sudah meninggal dunia dan kita menyerahkannya kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Berita Harian X