Sabtu, 28 Mei 2016 | 8:47am
PAPAN maklumat berkenaan virus Zika pada pembukaan Perhimpunan Kesihatan Sedunia di Geneva pada 23 Mei lalu. - foto AFP
PAPAN maklumat berkenaan virus Zika pada pembukaan Perhimpunan Kesihatan Sedunia di Geneva pada 23 Mei lalu. - foto AFP

Zika: Desakan Olimpik Rio dipindah atau ditangguh

MIAMI: Satu surat terbuka ditandatangani 150 doktor antarabangsa, saintis dan penyelidik mendesak Sukan Olimpik di Rio de Janeiro dialihkan ke tempat lain atau ditunda penganjurannya berikutan virus Zika.

Dalam penekanan terhadap temasya itu, mereka berhujah betapa bandar kedua paling banyak terkesan oleh krisis Zika di Brazil itu sebagai 'tidak bertanggungjawab' dan 'tidak beretika'.

"Kebimbangan besar kami adalah terhadap kesihatan global. Virus Zika yang melanda Brazil membahayakan kesihatan daripada sudut yang tidak pernah dilihat sains sebelum ini,".

Antara hujah yang ditulis di dalam surat yang ditandatangani oleh pakar antaranya dari Amerika Syarikat, Britain, Kanada, Norway, Filipina, Jepun, Brazil, Afrika Selatan, Turki dan Lubnan itu.

"Risiko yang tidak sepatutnya diperjudikan apabila 500,000 pengunjung asing daripada seluruh negara menghadiri Sukan Olimpik, mereka berpotensi untuk terkesan dan seterusnya membawanya ke halaman sendiri di mana ia boleh menjadi punca merebak.

"Sekiranya berlaku kepada golongan miskin, terjadi di tempat yang belum terjejas (seperti Asia Selatan dan Afrika), penderitaan itu boleh menjadi isu yang besar," tulis surat itu lagi.

Zika boleh menyebabkan kecacatan kelahiran termasuk sindrom luar biasa dikenali sebagai 'microcephaly' di mana bayi dilahirkan dengan kepala dan otak yang kecil berbanding biasa.

Hampir 1,300 bayi dilahirkan di Brazil dengan kecacatan kelahiran begitu sejak nyamuk virus Zika mula menular negara itu tahun lalu. - AFP

Berita Harian X